BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Di Sebalik Gelaran "OCBC", Mami Linda Bukti Bahasa Satukan Rakyat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Di Sebalik Gelaran "OCBC", Mami Linda Bukti Bahasa Satukan Rakyat​

ccacc424d57c74a45e78739a65092e5f6a714f5111d81

Pesara guru Linda Tai Shon Lian, 69

Melihat pada wajahnya, tiada siapa menyangka pesara guru Linda Tai Shon Lian, 69, mampu berbahasa Melayu dengan begitu fasih hingga ramai menyangka beliau berketurunan Melayu atau Cina Peranakan.

Namun, bagi penduduk di Taman Bukit Teratai, Ampang wanita berbangsa Cina itu lebih dikenali dengan gelaran “OCBC” atau “Orang Cina Bukan Cina”, bukan sebagai sindiran, sebaliknya kerana penguasaan bahasa Melayu selain loghat Melaka dan Negeri Sembilan serta kecintaannya terhadap budaya tempatan yang menjadikan beliau mudah diterima dalam masyarakat pelbagai kaum.

Keistimewaan wanita yang mesra disapa Mami Linda itu tidak terhenti di situ, beliau turut petah berpantun, mampu mendendangkan lagu-lagu Melayu dengan lenggok asli, pandai membaca dan menulis Jawi serta mengakui lebih memahami adat resam masyarakat Melayu dan India berbanding budaya kaumnya sendiri.

Menurut Mami Linda, semua itu bukan sesuatu yang dirancang sebaliknya lahir daripada kehidupan  dilaluinya sejak kecil apabila membesar dalam persekitaran majoritinya masyarakat Melayu di sebuah penempatan rumah kedai di Kampung Pantai Belimbing, Melaka selain mempunyai keluarga angkat Melayu yang dipanggilnya “Abah” dan “Mak Ros”.

“Dari saya kecil hinggalah dewasa, keluarga kami memang cakap bahasa Melayu dan loghat Negeri Sembilan kerana perkampungan didiami terletak antara sempadan Melaka dan Negeri Sembilan. Malah, bahasa Cina saya belajar daripada suami ketika berhijrah ke Kuala Lumpur semasa menjadi cikgu pada 1982.

“Bahasa Cina saya memang tidak fasih dan kerana itu, rakan dan jiran di sini melabelkan saya OCBC kerana wajah orang Cina tetapi tidak pandai bercakap Cina. Saya tidak kisah pun panggilan itu kerana jiwa saya memang jiwa Melayu, segala kehidupan keluarga kami pun memang amal budaya Melayu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Ibu kepada dua cahaya mata itu menjadi perhatian di media sosial apabila videonya mendendangkan lagu Melayu era 90-an dan tradisional yang dimuat naik anaknya di akaun TikTok @Jamine Leong Ai Len meraih ribuan tontonan, tanda suka dan komen.

Kebanyakannya bukan sahaja kagum dengan kebolehannya mengalunkan lagu Melayu dengan sebutan dan lenggok yang begitu asli bahkan turut tertanya-tanya bagaimana Mami Linda mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan begitu fasih.

 
Back
Top
Log in Register