BTC USD 82,241.9 Gold USD 4,118.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada Abi Said al-Khudri, r.a. katanya:

“Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke
tanah lapang pada hari raya Aidil Fitri dan
Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula
dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan
sembahyang (sembahyang hari raya)
kemudian (setelah selesai sembahyang),

Baginda bangun mengadap orang ramai
(untuk berkhutbah) sedang mereka
(jamaah) tetap duduk dalam saf masing-
masing,

lalu Baginda menasihati mereka
dan berwasiat (supaya mereka sentiasa
bertaqwa) serta menyuruh mereka (tetap
taat mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan segala larangannya).”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Aisyah r.a. katanya:

“Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila
sampai hari yang kesepuluh terakhir
daripada bulan Ramadhan, baginda juga
membangunkan isterinya agar beribadat
(sembahyang sunat, membaca al-Quran,
berzikir dan lainnya) Baginda juga
menjauhkan diri daripada bergaul serta
bermesra dengan isterinya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya
bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa
yang tidak meninggalkan percakapan
bohong dan berkelakuan buruk sedangkan
ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan
(pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan
dahaga sahaja yang didapatinya.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:”Sesungguhnya Allah S.W.T
sukakan bersin dan benci pada menguap.
Jika salah seorang kamu bersin dan
memuji Allah S.W.T, hendaklah orang
Islam yang mendengarnya mengucapkan
“(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap
itu adalah daripada syaitan. Maka jika
seorang kamu menguap hendaklah ia
mengembalikannya (menahannya)
sedapat mungkin, kerana apabila kamu
menguap, syaitan akan ketawa
melihatnya.”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a:”
Rasulullah SAW pernah bersabda:” Di
dalam tidur ku, aku melihat mangkuk
penuh susu diberikan kepada ku dan aku
meminumnya hingga membasahi
sebahagian jemari ku. Kemudian aku
memberikan sisanya kepada Umar bin al-
Khattab.” (Para sahabat nabi SAW
bertanya:” Apakah tafsiran anda
(terhadap mimpi itu) ya Rasulullah
SAW? Nabi SAW menjawab:” Itulah ilmu
(agama).”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan oleh Abdullah Mulaika r.a:
“Uqbah bin Harith r.a berkata bahawa ia
menikahi anak perempuan Abi Ihab bin
Aziz. Tidak lama kemudian seorang
perempuan menemuinya dan
berkata :”Akulah yang menyusui Uqbah
dan perempuan yang dinikahinya. Uqbah
berkata kepadanya :” Aku tidak tahu
kamu telah menyusui ku dan kamu tidak
mengatakannya kepada ku.” Kemudian
dia pergi menemui Rasulullah SAW di
Madinah dan bertanya kepada Rasulullah
SAW tentang hal itu.

Rasulullah SAW
menjawab: “Bagaimana kamu boleh
(memperisterikannya) padahal telah
dikatakan kepada mu (bahawa ia saudara
sesusu mu) ?

Kemudian Uqbah
menceraikan isterinya dan kemudian
isterinya berkahwin dengan orang lain.

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a,
Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Solat
orang yang berhadas (keluar air kencing,
membuang air besar dan kentut) tidak
diterima (Allah) sebelum dia berwudhu.”

Seorang yang berasal dari Hadramaut
bertanya kepada Abu Hurairah: “Apakah
hadas itu?” Abu Hurairah menjawab:”
Hadas itu ertinya angin yang keluar dari
lubang dubur.”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin
Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad
SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin
menjadi seperti orang lain kecuali
seperti dua orang ini. Pertama, orang
yang diberi Allah kekayaan berlimpah
ruah dan ia membelanjakannya secara
benar (di jalan yang adil dan sesuai
dengan perintah Allah). Kedua, orang
yang diberi Allah al-hikmah dan ia
berperangai sesuai dengannya dan
mengajarkannya kepada orang lain.”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :”
Ketika saya sedang duduk dengan
seorang perempuan, datang rasulullah
SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa
dia?”

Aku menjawab :” Si fulanah” dan
aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa
dia beribadah dengan berlebihan. Nabi
SAW bersabda dengan memperlihatkan
tanda tidak bersetujunya.

“Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan
tidak akan membuat Allah letih (untuk
memberi pahala) namun engkaulah yang
akan letih dan ad-din (perbuatan baik-
ibadah yang paling dicintai Allah SWT)
adalah yang dikerjakan secara tetap.”

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register