BTC USD 82,913.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak
ada seorang pun di antara kalian
dipandang beriman sebelum ia
menyayangi saudaranya sesama Muslim
seperti halnya ia menyayangi dirinya
sendiri.”(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr
r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda yang maksudnya:” Seorang
Muslim adalah orang yang tidak
merugikan Muslim lainnya dengan lidah,
mahupun dengan kedua tangannya. Dan
seorang Muhajir (orang yang berhijrah)
adalah orang yang meninggalkan semua
larangan Allah SWT.”(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya: “Aku pernah berkata kepada
Rasulullah SAW:” Saya mendengar banyak
hadis dari tuan, Ya Rasulullah ! Tetapi
saya lupa. “ Rasulullah SAW bersabda:”
Hamparkan Rida’ mu. “ Aku melakukan
(apa yang diperintahkan nabi SAW) dan
kemudian nabi SAW menggerakkan kedua
tangannya seakan-akan mengisi sesuatu
lalu bersabda :” Ambil dan selendangkan
ini (pada tubuh mu)”. Aku lakukan
perintahnya dan setelah itu aku tidak
pernah lupa lagi.”(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan
kebaikan”.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah
SAW bersabda:”Apabila kamu melihat
seseorang dikurniakan kelebihan dengan
harta melimpah-limpah dan dengan
kecantikan, maka lihatlah pula kepada
orang yang serba kekurangan.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Apabila salah seorang dari
kamu mengerjakan amal-amal yang
membuktikan keislamannya dengan
sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas)
maka tiap-tiap kebaikan yang
dikerjakannya akan ditulis baginya
sepuluh kebajikan yang menyamainya
hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan
tiap-tiap satu kejahatan yang
dilakukannya akan ditulis baginya (satu
kejahatan) yang menyamainya.”

(riwayat Bukhari)
 
"Daripada Abu Barzah al-Islami r.a.
katanya, "Rasulullah s.a.w telah
bersembahyang Asar.

Kemudian salah
seorang daripada kami telah kembali ke
tempat kediamannya dipinggir bandar
ketika matahari masih cerah.

Baginda
Rasulullah suka mentakhirkan
sembahyang isyak, dan baginda tidak
suka tidur sebelumnya serta bercakap-
cakap selepasnya,

Baginda selesai
menunaikan sembahyang subuh ketika
seorang itu boleh mengenali orang yang
duduk disebelahnya dan Baginda
membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-
Quran".

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa
seorang lelaki telah berkata kepada nabi
SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah
kepada ku.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu
mengulangi kata-katanya berulang kali.
Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu
marah..”

(riwayat Bukhari)
 
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa
yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat maka hendaklah ia berkata-kata
dengan kebaikan atau jika tidak,
hendaklah dia diam sahaja.

Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan
jirannya.

Dan sesiapa yang beriman
dengan Allah dan hari akhirat hendaklah
dia memuliakan tetamunya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “ Kamu lebih mengetahui
tentang urusan keduniaan kamu sendiri.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register