sebenarnya bulan puasa lah masa utk mudah turun berat badan
kiranya siang hari tu perut disediakan utk memproses makanan yg diambil semalam, tanpa ada tambahan makanan yg baru masuk perut (kerana tuan punya badan berpuasa)
dan melawaskan perut dengan jayanya
jadi perut sempat kempis sikit sebelum bakal menerima makanan baru pada time maghrib tu
masa sahur sikit je makanan yg diperlukan, sekadar alas perut utk menghadapi puasa nanti
manakala masa maghrib tu makanan yg bakal masuk dlm perut adalah sekadarnya sahaja, bukan nya terlalu banyak sehingga susah nak bergerak
ok, kita bagi break
misalnya kalau hari ni kita berbuka dengan sepenuh hati betul betul menikmati pelbagai makanan yg ada, sehingga perut rasa penuh sangat, dan kita pun rasa berat sangat masa perform solat terawih tu
jadinya masa bersahur tu, jadikan makanan yg bakal masuk perut tu adalah sekadarnya sahaja
dan pastikan masa. bersahur tu makanan tu adalah jenis pelawas
utk membuatkan perut memproses dan membuang dan melawas ketika kita berpuasa
oleh itu, perut akan kempis sikit
dan waktu berbuka, pastikan makanan yg diambil adalah kurang dari hari sebelumnya
makanan yg dimakan tak sebanyak yg diambil pada hari sebelumnya
jadi perut sempat berehat, dan kita takde lah perut tu penuh sangat dan rasa amat berat masa perform solat terawih
perut sempat proses dan ada kemungkinan boleh kempis sikit
pastu barulah kalau nak berbuka banyak sikit, lebih sikit
cuma kalau boleh elakkan daripada berbuka sepenuh hati dan sebanyak mungkin yg boleh masuk dlm perut
kurangkan sikit walaupun saya tahu, menu utk juadah berbuka amatlah sedap dan menawan hati dan perut
makanan atau benda yg melawas amat perlu utk dimakan
sebab tu make sure masa berpuasa tu, perut boleh proses makanan dengan baik dan akhirnya boleh kempis sikit
benda yg melawaskan antaranya adalah yogurt, minuman berkultur, buah buahan seperti tembikai pisang, greentea, soya, susu, psyllium husk dsb