BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan 10 Suspek Bantu Siasatan Kes Lelaki Ditetak Di Pekan Nanas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Polis Tahan 10 Suspek Bantu Siasatan Kes Lelaki Ditetak Di Pekan Nanas​

504b8f6b301682cf806613cce979d5846a103c68c3d97

Pemangku Ketua Polis Johor DCP Hoo Chuan Huat


--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis menahan 10 suspek dalam beberapa siri serbuan bagi membantu siasatan berkaitan kes lelaki ditetak sehingga maut di hadapan sebuah kedai makan di Pekan Nanas, Pontian pada 21 Mei lepas.

Pemangku Ketua Polis Johor DCP Hoo Chuan Huat berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) dan Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian menahan kesemua suspek lelaki berusia 18 hingga 28 tahun itu, di sekitar Pontian dan Batu Pahat pada 21 Mei hingga Selasa lepas.

"Kita turut merampas kenderaan, pakaian, pelitup muka dan senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Hoo berkata semakan mendapati enam suspek memiliki rekod jenayah dan dua lagi mempunyai rekod jenayah serta narkotik, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis benzo.

Beliau berkata enam suspek direman 15 hari bermula 21 Mei lepas, seorang direman tujuh hari bermula 29 Mei, dua direman tujuh hari bermula 1 Jun, manakala seorang lagi direman tujuh hari bermula 3 Jun, di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kertas siasatan kemudiannya dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya negeri semalam, dan tuduhan terhadap tujuh suspek serta lima lagi yang masih bebas di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hoo berkata tiga suspek dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan dengan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, kita percaya motif kejadian mempunyai hubung kait dengan elemen kumpulan kongsi gelap, termasuk kegiatan merekrut ahli baharu," katanya,

Justeru, beliau menasihati orang ramai terutamanya golongan muda agar tidak terjebak dengan kumpulan kongsi gelap dan menyalurkan sebarang maklumat jenayah kepada balai polis yang berhampiran serta talian hotline Polis Johor 019-2792095 atau talian bilik gerakan IPK Johor 07-2212999.

 
:ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO:.....this is malaysia law....penjenayah byk rekod bebas buat ape shj...sape lg nak kena bunuh...tangkap hidup bagi mkn nasi dlm penjara pastu bebas buat lagi boleh hidup syok2 ohh
 
Back
Top
Log in Register