BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Dua Lelaki Bantu Siasatan Kes Samun

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,772
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,772
Reaction score
289
Points
146

Polis Tahan Dua Lelaki Bantu Siasatan Kes Samun​

09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjatakan pisau di sebuah kedai serbaneka di Taman Maju, di sini pada 6 Ogos.

Ketua Polis Daerah Jasin  Superintendan Lee Robert berkata suspek berusia 44 dan 45 tahun itu ditahan berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah IPD Tangkak, Johor pada 4.30 petang semalam.

Beliau berkata suspek pertama ditahan di Jalan PPJ 3, Pekan Jasin manakala seorang lagi di Sagil, Tangkak.

“Suspek pertama menunggu di motosikal di luar premis manakala suspek kedua masuk ke dalam kedai untuk menyamun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis merampas beberapa barangan berkaitan kes termasuk tiga telefon bimbit, pakaian dan kasut, dua topi keledar, beg, kunci, sebilah pisau pemotong kertas dan motosikal KTM Duke 200.

Beliau berkata suspek pertama memiliki 22 rekod lampau manakala suspek kedua berstatus Orang Pengawasan Polis IPD Tangkak mempunyai 30 rekod lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dengan menggunakan senjata dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin hari ini bagi permohonan reman.

 
Back
Top
Log in Register