BTC USD 83,840.0 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad, daripada Affan, daripada Shakhr bin Juwairiyah,
daripada Abdurrahman bin Al Qasim, daripada bapanya (Al Qasim), daripada Aisyah,


“Ketika Rasulullah s.a.w. bersandar
di dadaku,

Abdurrahman bin Abu Bakr masuk ke rumah
sambil membawa kayu siwak
yang biasa dia pakai.

Rasulullah s.a.w. pun melihat kepadanya.

Aisyah berkata kepada Abdurrahman bin Abu Bakr,
“Berikan siwak itu kepadaku,
wahai Abdurrahman!”

Lalu Abdurrahman bin Abu Bakr memberikannya
kepada Aisyah.

Kemudian Aisyah bersihkan dan kunyah,
setelah itu Aisyah berikan (kayu siwak tersebut)
kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. pun bersiwak
dengannya.

Aisyah tidak pernah melihat
sebelumnya
Rasulullah s.a.w. bersiwak sebaik itu.

Setelah selesai,
Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya, atau jarinya
seraya berkata,
“Ya Allah,
sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi,
sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi,
sebanyak tiga kali.

Lalu Rasulullah s.a.w. wafat.

Aisyah berkata,
“Rasulullah s.a.w. wafat
di antara dagu dan tekakku.”


(Hadith Bukhari no. 4084)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah bin Sa'id, daripada Ya'qub bin Abdurrahman Al Qari, daripada Suhail,
daripada bapanya, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Tidak akan terjadi hari kiamat,

sebelum harta kekayaan telah bertimbun dan melimpah ruah,
hingga seorang lelaki pergi ke mana-mana
sambil membawa harta zakatnya,
tetapi dia tidak menemui seorang pun
yang bersedia menerima zakatnya itu.

Dan sehingga tanah Arab
menjadi subur,
makmur kembali
dengan padang-padang rumput
dan sungai-sungai."


(Hadith Muslim no. 1681)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
biasa dpt notification bila TT update thread, tapi lama x dpt ingat TT dh x update dh..so nk post ni agar dpt balik notificaton..
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Kuraib, daripada Husain (Al Ju'fani), daripada Za`idah, daripada Hisyam,
daripada Ibnu Sirin, daripada Abu Hurairah r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Janganlah kalian mengkhususkan
malam Juma'at
dengan solat malam
dan tidak
pada malam-malam yang lain,

dan jangan pula dengan puasa (hari Juma’at),
kecuali
memang bertepatan
dengan hari puasanya.”


(Hadith Muslim no. 1930)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Isma'il bin Mas'ud, daripada Khalid, daripada Syu'bah, daripada 'Amru bin Murrah,
daripada Khaitsamah, , daripada 'Adi bin Hatim,

“Rasulullah s.a.w. menyebutkan tentang neraka,

maka wajah Rasulullah s.a.w. berubah
(kerana takut dengannya),
lalu Rasulullah s.a.w. berlindung daripadanya.


Syu'bah menyebutkan,

“Rasulullah s.a.w. berlindung daripada api neraka
sebanyak tiga (3) kali,


lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Takutlah kalian daripada api neraka,
walaupun dengan menginfaqkan sepotong kurma.


Jika kalian tidak mendapatkannya,


maka (berkata) dengan

kalimat yang baik."

(Hadith Nasa'i no. 2506)


Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu Nu'aim, diceritakan oleh Syu'bah, daripada Abu Imran Al Jauni,
daripada Abdullah bin Ash Shamit, daripada Abu Dzar,

“Kekasihku s.a.w. telah berwasiat kepadaku,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Apabila kalian memasak kuah,
maka perbanyakkanlah airnya,


kemudian perhatikanlah
keluarga jiranmu


lalu berikanlah kepada mereka.”

(Hadith Darimi no. 1989)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ali bin Sa'id Al Kindi, diceritakan oleh Abdurrahim bin Sulaiman, daripada Mujalid,
daripada 'Amir As Sya'bi, daripada Hubsyi bin Junadah As Saluli,


“Pada waktu haji wada'
sambil berdiri di 'Arafah,

datang seorang badwi
sambil memegang hujung selendang Rasulullah s.a.w.,
dia meminta sesuatu
daripada Rasulullah s.a.w.,
Rasulullah s.a.w. pun memberinya sesuatu,
lantas dia pergi.

Sejak dari itu,
Rasulullah s.a.w. melarang
untuk meminta-minta,

Rasulullah s.a.w. pun bersabda,
"Orang yang kaya
tidak berhak menerima zakat,

demikian juga
orang yang memiliki anggota badan
yang sempurna,

kecuali
orang yang fakir
dan banyak memiliki hutang.

Dan barangsiapa yang meminta-minta
hanya untuk memperbanyakkan hartanya,

maka akan datang pada hari kiamat
dengan tanda tercela di wajahnya
serta dia akan memakan batu dari api neraka,

oleh kerana itu
barangsiapa yang ingin
sedikit meminta
atau banyak meminta,
lakukanlah (sebagai bentuk ancaman)."


(Hadith Tirmidzi no. 590)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Malik, daripada Ibnu Syihab, daripada Abdullah bin 'Amir bin Rabi'ah,


“Umar bin Khattab keluar menuju ke Syam,
ketika dia sampai di Sargha,
terdengar khabar
bahawa wabak penyakit tersebar
di Syam.


Lalu Abdurrahman bin Auf menceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Jika kalian mendengar (wabak) di suatu daerah,
maka janganlah kalian memasukinya.


Jika (wabak itu) berada di suatu negeri,
dan kalian berada di dalamnya,
maka janganlah kalian keluar
melarikan diri daripadanya."

Lalu Umar bin Khattab meninggalkan Sargha.”


Diceritakan oleh Malik, daripada Ibnu Syihab, daripada Salim bin Abdullah,

“Umar bin Khattab kembali bersama orang-orang (pengikutnya)
meninggalkan Sargha
kerana kata-kata Abdurrahman bin Auf.”


(Hadith Malik no. 1393)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)



 
Back
Top
Log in Register