BTC USD 83,897.4 Gold USD 4,151.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKR Satukan Data Jalan Raya Menerusi MyJalan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,708
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,708
Reaction score
351
Points
141

KKR Satukan Data Jalan Raya Menerusi MyJalan​

3e657f6d70f56271a034a9b12c3867b86abd09d482adc

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Mesyuarat Rundingan Meja Bulat Data Jalan Program MyJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) Tahun 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang membangunkan Platform Rujukan Nasional Maklumat Jalan Raya menerusi inisiatif MyJalan bagi menyatukan data jalan raya melibatkan kerajaan Persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta syarikat konsesi lebuh raya.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata inisiatif itu bertujuan mewujudkan ekosistem data jalan raya nasional yang bersepadu berlandaskan piawaian seragam serta proses pengumpulan data yang lebih tersusun.

“Matlamat kita adalah untuk mempunyai satu gambaran menyeluruh mengenai jalan raya di Malaysia, dengan satu data, satu piawaian dan satu ekosistem data jalan raya nasional,” katanya pada sidang media sempena MyASEAN Roads and Traffic Tech Expo (MyARTTE) 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Mohd Hadzmir Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infrastruktur) Mohd Shahrom Ahmad Saman, Presiden Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) Azmee Nin dan Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go Sdn Bhd S. Praba.

Sebelum menyempurnakan majlis penutupan MyARTTE 2026, Nanta mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat Agenda Data Nasional MyJalan serta menyaksikan pertukaran dokumen Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) antara KKR dengan kerajaan negeri yang mengambil bahagian.

Nanta berkata setakat ini, lebih separuh daripada negeri telah menyertai inisiatif berkenaan, termasuk Pulau Pinang yang menandatangani perjanjian itu hari ini.

Beliau yakin lima negeri yang masih belum menyertainya akan berbuat demikian selepas diberi masa untuk melengkapkan proses berkaitan.

Menurutnya antara keutamaan segera dalam pelan tindakan itu ialah memperjelas sempadan pemilikan jalan menerusi pemetaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang seragam.

Bagi memastikan integriti data, pemilik aset jalan raya perlu memastikan pangkalan data masing-masing lengkap dan dikemas kini secara berkala berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI), pelan tindakan serta garis masa yang ditetapkan.

 
Back
Top
Log in Register