Orait guys...
update terkini.. panas dari oven...
Jika dikira tarikh, hari ni 4 January 2012, bererti aku dah dapat no tpon si dia dekat 2 bulan dah (tarikh dpt no 15 Nov 2011).
Sepanjang pengenalan ni, memang nampak gaklah perubahan pada diri dia yakni dari susah nak dihubung, dia dah rajin berhubung (sms), dah keluar mkn bersama 3 kali... bersembang pun dah byk cerita boleh disembangkan...
Selama ni jugak, aku tak pernah tanya dia bahawa dia dah berpunya ataupun tak.
Aku just layan dia dengan sebaik mungkin. Ada kalanya dia misscall aku, ada kalanya dia akan msg aku tanpa aku harap pun.
Nak dipendekkan cerita, malam tadi, aku ambil keputusan nak clearkan status diri dia sama ada masih single and available ataupun tak.
So, lepas bersms tanya khabar etc, aku hantar msg berbunyi lebih kurang macam ni:
"saya dah lama nak tanya awak.. awak dah ada yg punya ke? dah ada special bf?"
30 minit aku tunggu dia reply... senyap je tanpa balas.. sblm sms tu, tak sampai 2 minit je dia reply setiap msg aku.
So, lepas 30 minit menunggu, aku msg dia lg berbunyi lebih kurang macam ni:
"awak, maaf kalau soalan saya tu agak personal. Juz curious je. Anyway, tak kisahlah pasal hal tu kan. Selama ni dapat kenal dengan awak pun saya dh bersyukur.Sekurang - kurangnya dari tak kenal, sekarang kita dah kenal. Apapun, gudnite to you. May u have a wonderful sleep & sweet dream. tk care & assalamualaikum"
jam menunjukkan pukul 2am.
Aku agak dia memang takkan reply.
So, aku berkata - kata sendiri dalam hati, tak mengapalah. Esok aku contact je macam biasa buat2 macam takde apa2.
So, hari ni 4 january, jam 11pm tadi, aku dpt reply sms dari dia "xpelah.. okay"
Sbnarnya aku tak faham maksud sms dia tu "takpelah" untuk jawab yg mana.. dan "okay" untuk apa.
Then, aku reply je tapi tukar topik lain, bertanya khabar dia kat tempat kerja.. so, kitorang bertukar2 msg dalam 6 msg kot then aku mintak undur diri sbb nak sambung keje.
So geng CGrians sekalian, apa pandangan korang dalam situasi ni.
Aku menjangkakan berdasarkan daripada pengalaman lama aku:
1. Dia memang dah ada bf tapi tak mau bagitau. Alasan mungkin:
a) ada masalah ngn bf dia? (kalau status fb, biasa orang letak complicated lah kan

)
b) tak confident ngn bf dia sendiri?
c) play girl? (tp aku tak rasa dia jenis ni. Kalau tak mesti aku je terhegeh2 dok kontek dia. Tapi berdasarkan kes aku ni, dia selalu jugak kontek aku)
2. Mungkin baru lepas kecewa, hati masih syg kat bf lama dan mengharap bf kembali.
3. _____________________ (korang tambah)
Sejujurnya, memang aku agak heran kenapa si dia tak mau clearkan statusnya. Tapi memandangkan aku penah ada pengalaman yg super duper menyakitkan dulu, so, benda ni takde apa2 dah bg aku.
Perancangan aku, aku tak kan ungkit lagi perkara ni pada dia. Aku akan tunggu dia sendiri bukak cerita.
At the same time, aku akan layan dia macam biasa aku layan before ni just aku tak akan letak harapan yg tinggilah. Apapun aku akan berusaha yang terbaik untuk memenangi hati dia dan selebihnya berdoa dan berserah pada yang Esa.
So, what do you guys think?