Phew... setelah hampir 4 bulan aku bertahan... Alhamdulillah..., semua urusan setakat ini berjalan dengan baik walaupun ada dilanda ombak kecil awal februari tempohari.
Semuanya berkat sokongan rakan - rakan CG sekalian, sahabat karib dan juga doa yang tak putus - putus yang dipanjatkan kepada Ilahi.
Nak dijadikan cerita, selepas kes 9 hb Februari 2012 tempoh hari, perhubungan kami jadi semakin rapat. Kami berhubung setiap hari sama ada menerusi SMS @ Call.
29 Februari 2012, aku tanya dia balik kampung macam mana (memandangkan dia dapat cuti 2hb Mac sampai 6hb Mac untuk hadir majlis pertunangan kazen dia).
Dia bermain - main dengan soalan aku dengan memberi jawapan secara main - main...
"Awak nak balik kampung nanti macam mana?"
"Tumpang lori" jawabnya...
"Ek eleh, main - main pulak. Saya tanya betul - betul ni... Hmm, saya hantar awak nanti?"
"Hehe, sebenarnya saya segan nak minta awak hantarkan saya..." dia replied.
"Ek eleh, segan pulak. Okay, so nanti set ya, 2hb nanti lepas solat jumaat, saya hantar awak balik kampung... Lagipun saya dah tahu jalan ke kampung awak" aku replied (memandangkan dia ada bagi alamat rumah dia, so aku cek di Google Maps)
Alhamdulillah, dia bersetuju untuk menerima tawaran aku menghantar dia ke rumah.
Jadi, tiba tarikh yang dinantikan, 2hb Mac, selepas solat Jumaat, aku ambil si dia pukul 4 pm dan bergerak ke kampungnya di daerah bentong. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dari tempat aku.
Tiba di rumahnya, hanya ada akaknya sahaja. Ibu dia tengah sibuk membantu menguruskan perihal kenduri di rumah kazennya (depan rumah dia)
Memandangkan jam pun hampir 6 petang dan aku nak bergerak pulang pula ke rumah, jadi aku meminta dia untuk aku berjumpa dengan ibunya.
Jadi, buat pertama kali aku bertemu dengan ibu si NXXXX ini, agak gugup jugak aku :">...
Aku kenalkan diri...
"Assalamua'laikum wrt. wbt. Makcik, apa khabar"
"waalaikummussalam, alhamdulillah sihat" jawab mak NXXXX
"Saya ni, kawan kepada NXXXX"
"Oooo, sama keje ke?" tanya mak NXXXX
"tidak, saya keja lain. Cuma kenal si NXXXX di tempat kejenya"
"Hmm, tak susah ke datang menghantar anak makcik ni... Dia ni pun satu..." kata mak NXXXX
"Takdela makcik, saya memang cuti hari ni jadi tak susah pun"
"Tak nak masuk rumah dulu ke?" tanya mak NXXXX
"Tak pe makcik, lagipun sekarang dah jam 6, saya nak kena gerak balik dulu" (lagipun aku tahu mak dia sibuk, jadi aku tak nak mengganggu...
"Betul ni? Dah la jauh - jauh datang menghantar..." kata mak NXXXX lagi
"Ya makcik. InsyaAllah, nanti saya datang lagi ya.. Saya mintak diri dulu"
NOTA: ayat - ayat diatas adalah 80% yang aku ingat.
Aku pun bergerak balik ke rumah. Dalam perjalanan, aku dapat text dari si NXXXX.. "Thanks hantarkan"
Aku tak reply sebab tengah drive.
selang 30 minit, dia call tanya aku dah sampai mana.
Sepanjang cutinya, dia bermsg dengan aku dari pagi sampai ke malam.
Pada hari pertunangan kazen nya tu, sebenarnya dia nak aku datang hari tersebut (yakni dia plan nak balik hari pertunangan tu dengan aku, tapi disebabkan ada hal keluarga sikit, dia kena balik awal sehari)...
Aku ada memberi hint pada dia lepas majlis tunang selesai... Aku text dia begini
"Ok, lepas ni tunggu rombongan daripada saya pula ke rumah awak ye.. Be ready"
Dia replied "Eleh, pandai bergurau ye"
Aku replied balik "tak gurau.. I'm serious... Look at my face right now"
Dia replied "tak nampak pun.. wek wek wek"
So, kami bermesej sepanjang hari (jenuh gak layan) and memang dia sudah ada feel pada teman. :">:">
Tiba tarikh 6hb Mac, aku sekali lagi pergi ke rumahnya untuk menjemput si dia.
Kali ini, mak dia prepared masak untuk aku khas..
Katanya, mak dia excited nak masakkan untuk aku... Tak sangka!
Aku sebenarnya ada cakap pada dia, boleh tak nak rasa masakan dia.. alih - alih mak dia yang nak masakkan pulak

paid
Aku sampai di rumah dia, pukul 3pm. Sampai di rumah, terus maknya jemput makan. So layan makan semua. Then pukul 4, kami gerak balik (mak aku pulak suruh mai rumah makan petang.. so aku bawak dia jumpa mak aku)
Sebelum bergerak balik, aku bersalam dengan mak si NXXXX dan berkata
"Makcik, saya nak mintak izin dan restu makcik untuk saya berkawan dengan anak makcik, NXXXX..."
Mak nya menjawab "Takde masalah kamu nak berkawan dengan anak makcik"..
"Terima kasih makcik"..
Aku kemudiannya keluarkan kertas yang dah tercatat no telefon aku dan no telefon mak aku...
"Makcik, makcik ambillah nombor telefon saya ni dan juga nombor telefon mak saya.. Jika ada apa - apa, makcik boleh call / cari"
"Saya minta diri dulu ya makcik"...
Mak si NXXX turut membekalkan aku lauk pauk yang telah dimasak untuk aku bawa balik...
Jadi, kami berangkat dan terus ke rumah mak aku sebelum aku hantar dia kembali ke hostel tempat kerjanya...
Ringkasannya, Alhamdulillah, syukur pada Ilahi sebab perjalanan dan usaha yang aku lakukan selama ini menampakkan hasil yang baik... Perhubungan kami ketika ini memang berjalan dengan baik. Aku merancang mungkin jika tiada aral yang melintang, aku akan meminta keluarga aku pegi merisik dan seterusnya mungkin mengikat pertunangan pada bulan jun.
InsyaAllah, mudah - mudahan perancangan ini dipermudahkan oleh-Nya...
Terima kasih pada teman - teman CG yang sering memberi sokongan, pendapat dan juga doa sejak awal aku membuka thread ini...
Aku rasa amat terharu dan gembira kerana disebabkan semangat dan sokongan yang korang berikan selama ini, membuatkan aku mencapai apa yang aku capai ketika ini.
Ini mungkin cerita terakhir aku untuk thread ini.
InsyaAllah, jika Allah menetapkan jodoh aku dengannya (bertunang dan bernikah), aku akan update perkara ini pada thread ini...
Sebagai kesimpulan, buat sahabat - sahabat yang masih malu - malu, masih single dan ingin mencari pasangan hidup, nasihat aku, berusaha lah.. jangan lupa berdoa, solat hajat dan usaha bersungguh.
InsyaAllah,.. mudah - mudahan kita akan mendapat apa yang kita inginkan...
Wassalam