BTC USD 83,596.9 Gold USD 4,154.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HELP - Kaedah sesuai nak tekel awek di shopping complex.

Terima kasih Tuan atas doa, sokongan, nasihat dan bimbingan tips yang diberikan.

Semoga saya juga akan mendapat keputusan yang sama seperti Tuan kelak.

Alhamdulillah, hari demi hari si Dia makin mesra & rapat. Jika sebelum ini si Dia tak pernah nak 'call' saya, tapi sejak 2 - 3 minggu ni, dia dah rajin call saya. Contoh macam kelmarin, beliau call menggunakan public phone (kononnya nak menyamar), namun saya dapat cam suara beliau awal - awal lagi. :D

Tentang alamat kampungnya, ya, saya juga sedang berusaha untuk mendapatkan alamatnya. Perkenalan kami baru masuk 2 bulan setengah and hanya baru mula rapat 2 - 3 minggu kebelakangan ini.

Memang agak sukar untuk menembusi benteng 'jual mahal'nya itu. Namun seperti yang Tuan katakan, dari sini juga kita dapat mengagak harga dirinya. Alhamdulillah, berkat sabar, slow and steady, dia semakin terbuka dalam berbicara dan mula rapat, usik mengusik.

Beberapa ujian juga telah saya lakukan sewaktu keluar bersama (waktu makan, bowling) untuk melihat kepekaan dirinya tentang satu - satu situasi, cara beliau menghadapi satu - satu ujian yg saya berikan. Alhamdulillah, nampaknya semua memuaskan hati saya.

Ditempat kerjanya, boleh dikatakan hampir semua sahabat rapat beliau telah mengenali saya.

Malah ada nak dijadikan cerita pula, ada sorang dua sahabatnya pulak yang 'ter-bekenan' dengan saya. Namun macam Tuan katakan, kita fokus pada yang satu sahaja. Disebabkan isu ini jugalah mungkin si Dia makin rapat dengan saya. Kadang kala perasan juga si Dia umpama risau dengan bertanyakan "ada tak si XX contact" etc. :D

Antara perkara - perkara 'suprise' yang telah saya lakukan sepanjang tempoh ini.

1. Memberikan hadiah teddy bear

2. Meninggalkan coklat pada loker simpan barang di tempat kerjanya dan berikan nombor loker tersebut pada beliau sewaktu saya membuat bayaran di kaunter yg dia jaga. (Waktu ni best tengok muka dia agak suprise)

3. Topup

Lain - lain aktiviti:

1. Belanja makan.
2. Bowling.

InsyaAllah, jika memang Dia adalah jodoh saya, maka setiap yang terlibat dalam thread ini, akan saya jemput hadir ke majlis yang dinanti - nantikan. :">


Pertama kali jengok bhgn nie. Selama nie ingatkan utk org muda je....

Terhibur baca kisah tt & teringat pulak kisah dulu2 ngorat orang rumah aku sekarang. Hati kena cekal dan bersemangat waja. Jangan mudah mengalah dan bila sidia nampak macam kurang layan jangan cepat prasangka yang bukan2.

Elok dia jual mahal kerana dari situ kita dapat mengagak harga diri dia. Bukan senang sesorang perempuan nak menaruh kepercayaan pd lelaki yg baru dikenalinya. Bagi dia masa....jangan gopoh dan jangan ada unsur paksaan.

TT boleh jugak perhatikan dia dari jauh utk melihat gaya dan personaliti dia semasa dgn kawan2......dan lagi lagi lagi satu jikalau tt dah tahu
alamat kg dia, apa kata pegi tengok rumah dan persekitarannya. Jangn beritau dia perkara nie.Perkara nie pun penting dalam tt membuat keputusan.

Saya mendoakan agar sidia nie jodoh yg baik buat TT. Berusahalah ke arah itu. Bila dan confirm jgn pulak ngorat yg lain. Kita menerima seseorang seadanya dan harapan kita agar diri kita juga diterima seadanya. Mana2 kelemahan boleh diperbaiki sedikit demi sedikit.

Salam kejayaan daripada saya buat TT. Seronok nak jengok thread nie utk update seterusnya.
 
Last edited:
Terima kasih Tuan atas doa, sokongan, nasihat dan bimbingan tips yang diberikan.

Semoga saya juga akan mendapat keputusan yang sama seperti Tuan kelak.

Alhamdulillah, hari demi hari si Dia makin mesra & rapat. Jika sebelum ini si Dia tak pernah nak 'call' saya, tapi sejak 2 - 3 minggu ni, dia dah rajin call saya. Contoh macam kelmarin, beliau call menggunakan public phone (kononnya nak menyamar), namun saya dapat cam suara beliau awal - awal lagi. :D

Tentang alamat kampungnya, ya, saya juga sedang berusaha untuk mendapatkan alamatnya. Perkenalan kami baru masuk 2 bulan setengah and hanya baru mula rapat 2 - 3 minggu kebelakangan ini.

Memang agak sukar untuk menembusi benteng 'jual mahal'nya itu. Namun seperti yang Tuan katakan, dari sini juga kita dapat mengagak harga dirinya. Alhamdulillah, berkat sabar, slow and steady, dia semakin terbuka dalam berbicara dan mula rapat, usik mengusik.

Beberapa ujian juga telah saya lakukan sewaktu keluar bersama (waktu makan, bowling) untuk melihat kepekaan dirinya tentang satu - satu situasi, cara beliau menghadapi satu - satu ujian yg saya berikan. Alhamdulillah, nampaknya semua memuaskan hati saya.

Ditempat kerjanya, boleh dikatakan hampir semua sahabat rapat beliau telah mengenali saya.

Malah ada nak dijadikan cerita pula, ada sorang dua sahabatnya pulak yang 'ter-bekenan' dengan saya. Namun macam Tuan katakan, kita fokus pada yang satu sahaja. Disebabkan isu ini jugalah mungkin si Dia makin rapat dengan saya. Kadang kala perasan juga si Dia umpama risau dengan bertanyakan "ada tak si XX contact" etc. :D

Antara perkara - perkara 'suprise' yang telah saya lakukan sepanjang tempoh ini.

1. Memberikan hadiah teddy bear

2. Meninggalkan coklat pada loker simpan barang di tempat kerjanya dan berikan nombor loker tersebut pada beliau sewaktu saya membuat bayaran di kaunter yg dia jaga. (Waktu ni best tengok muka dia agak suprise)

3. Topup

Lain - lain aktiviti:

1. Belanja makan.
2. Bowling.

InsyaAllah, jika memang Dia adalah jodoh saya, maka setiap yang terlibat dalam thread ini, akan saya jemput hadir ke majlis yang dinanti - nantikan. :">

tahniah TT:)cgrock:)cgrock
 
gudluck TT moga2 berbahagia.... nati time aku nak cari calon buleh rujuk thread ni:D
:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Cayalah TT! yang penting kene sabar..bila dh nampak kesungguhan kita insyallah terbuka hatinya..cewah..:)cgrock
 
nak jemput yek...kalo p'puan tu mmg area pahang..aku mmg leh gi...hehehe..apapun tahniah TT...
 
mantap bro, dengan izin ALLAH Taala dan usaha dan kesabaran tt, akhirnya berjaya jugak yer..
 
pehh.. aku baca thread ni 1jam.. uhuh... esok klau bos tanya nape masuk keje lewat..aku nak suruh dia lak baca thread ni.. uhuhuhuh.. baru dia tahu... penat2..
Kesimpulan yang aku dpt buat... p'puan ni mmg baru nak belajar bercinta.. TT mmg beruntung jika kenalan n minat gadis mcm ni... mgkin bf dia belajar or keje jauh.. tu yg berani kawan ngan TT... or berkemungkinan dia mmg masih single.. Cara TT guna mmg susah gak nak buat... TT mmg jenis penyabar... paling penting TT kene kenali2 gadis tersebut..
ANTARANYA:-
1.Senang berbicara
2.Jika merajuk lama or kejap
3.Jika di tegur (nasihat), apa reaksi dia?
4.Cara berbelanja
5.Perihal Agama (Solat), biasanya jika masuk waktu time Dating, g solat or x?
6. Mesra dgn Ibubapa.. adakah dia call setiap minggu or hari2..
7. etc.

Semua di atas tidak penting / bergantung pada Tt jugak... Sekadar cadangan dlm memilih jodoh.. PALING PENTING Senang di didik or boleh DIDIK kita, kearah kebaikan.. TQ
 
tade update kejadian yang terbaru ke TT?

Sebenarnya banyak kejadian yang dah berlaku sepanjang tempoh selepas last post aku hari tu.

Cuma aku rasa malas nak type je.

Tadi aku dah type lebih kurang dekat 11 pages (kalau kat M.words - macam buat cerpen dah aku rasa).. Semua perbualan, ayat aku type memang dah jadi cerpen... Tapi aku tak jadi nak post sebab aku rasa agak personal cerita ni.. so aku copy masuk dalam doc & save je.. mana tahu hasil usaha aku ni nanti memberansangkan, bolehla jadikan novel. So waktu tu baru korang dapatkan novel tu.. hahaha :D


Secara ringkasnya, daripada apa yang telah aku catatkan tadi.. ini point - point dia....

Aku dah bertemu dengan pakwe dia (4 feb) lepas pakwe dia ajak jumpa guna phone si XXXXX .. (yeah, aku tertipu mula2 ingat si XXXXX msg)

Pakwe dia mula2 nak tunjuk lagak ngn aku (tunjuk samseng kononnya boleh belasah orang suka hati), tapi berjaya dilembutkan hatinya dengan cara aku kendali situasi (yeah, pengalaman mengajar :D)

Sebaliknya, pakwe XXXXX pulak yang meluahkan perasaan yang dia pendam selama dia berkapel dengan si XXXXX pada aku...

Antara fakta ringkas yang dapat aku bagitau tentang pakwe si XXXXX .

1. Pakwe dia sama umur dengan XXXX
2. Masih belajar (ambik sijil latihan)
3. Sangat tak matang, rasa diri kuat sebab dok claim boleh pukul orang suka hati.
4. Panas baran
5. Suka memaki (ni si XXXXX bagitau pada aku)
6. Geng - geng ikutan rempit (tapi bukan tegar).

Antara sikap dia yang buat aku makin tak nak lepaskan si XXXXX adalah apabila dia gelarkan si XXXXXX sebagai perempuan JXLXXG sebab si XXXXX berhubung dengan beberapa orang lelaki sebelum aku iaitu sewaktu si XXXXX masih ber'couple' dengan pakwe dia.

Diorang berkapel 2 bulan sebelum aku kenal si XXXXX.

Antara fakta menarik yang berjaya aku korek dari pakwe si XXXXXX

1. Lepas si XXXXX kenal aku, si XXXXX takde berhubung dengan lelaki2 sebelum aku tu...

2. HP si XXXXX penuh dengan msg / call log ke aku atau dari aku sekarang ni.

3. Pakwe si XXXXX mengadu si XXXXX jarang berhubung dengan dia tetapi sebaliknya XXXXX rajin berhubung dengan aku.


Kesan daripada perjumpaan tu, si pakwe XXXXX kononnya nak putuskan hubungan dengan si XXXXX dan ingin melepaskan XXXXX kepada aku.


Dan si XXXXX juga kononnya nak putuskan hubungan dengan pakwenya. Antara pengakuan yang si XXXXX buat pada aku:

1. Pakwenya suka memaki, keluar kata kesat bila bermasalah.

2. Pakwenya suka cakap bukan2 tentang diri XXXXX (ni memang aku dah dapat konfemkan sebab dia dah gelarkan si XXXXX sebagai perempuan JXLXXG)

3. Pakwenya tak memahami diri si XXXXX

4. Dia menerima pakwenya sebagai pasangan kekasih atas dasar si pakwenya berusaha bersungguh - sungguh sewaktu dia masih single dan disebabkan mungkin atas dasar kesian, dia menerimanya. (by the way, dia berkawan dengan pakwe dia tu awal 2 bulan dari aku je.. huhu)

5. Dia dah pernah untuk meminta putus, tetapi pakwenya tak mahu lepaskan.

6. Si XXXXX merasakan hubungan dia dengan pakwe dia tak dapat bertahan kerana sikap pakwenya yang dinyatakan diatas selain perasaan si XXXXX yang dah makin pudar.

7. Pakwenya juga ada bermain kayu tiga.

Lepas pengakuan dibuat, aku hanya mengatakan pada si XXXXX supaya dia berfikir dengan baik dan buat keputusan yang terbaik untuk dirinya.

Malam yang sama juga, pakwe si XXXXX menelefon aku mengatakan si XXXXX menerimanya kembali dan meminta aku supaya tidak terlalu rapat dengan si XXXXX. Namun antara ayat yang beliau katakan pada aku yang buatkan aku tak akan give up adalah:

"Dia tak nak kat kita dia kalu aku paksa dia buat pilihan betul - betul... Aku mintak dengan ko, ko kawan lah dia macam biasa, tapi janganla terlalu rapat"

Aku tak hubungi si XXXXX lepas malam 4 Feb tu sampailah 8 hb Februari. Aku nak tengok si XXXXX akan hubungi aku atau tidak kerana biasanya, kalau sehari aku tak kontek, dia akan cari aku...

But, kali ni dia tak cari... So, aku fikir maybe dia betul - betul terima kembali pakwe dia ATAU dia tengah keras hati tak nak berhubung dengan sesiapapun sebab tak mahu pening kepala sendiri.

Si XXXXX ni, selama aku kenal dia, sikapnya adalah:

1. Tak suka buat pilihan (time makan pun sama.. tengok menu banyak skit, dah,... terus order sama je apa yang aku order)

2. Agak lurus, jadi tak suka benda yang complicated.

3. Pemendam rasa / Perahsia

4. Bukan jenis yang decision maker... Dia hanya follower.

5. Terlalu nak menjaga hati orang lain.


Maybe sebab dia ni anak yatim (takde ayah dari umur 3 tahun), so situasi hidup dia membuatkan dia membesar dalam keadaan yang mungkin terpaksa follow apa yang berlaku je and accept je apa yang dia dapat.

So, memandangkan sikap dia jenis macam ni, kita pun tak boleh nak ego sangat and kena take action... 8hb Feb, jam 11am, aku SMS dia:

"Assalamualaikum awak.. Apa khabar? Maafkan saya sebab tak hubungi awak beberapa hari ni kerana saya tak mahu serabutkan awak... awak sihat?"

Tak sampai 2 minit, aku terus dapat replied daripada dia.. "Waalaikumsalam, sihat je.. ok, tak pe"

Dalam hati aku, "Alhamdulillah... reply jugak dia".. so berbalas mesej dalam 3 mesej then aku send mesej berbunyi seperti berikut:

"Awak, saya nak mintak maaf jika tempoh hari, kes yang berlalu tu ada buat awak tertekan. Ya, jujurnya memang saya suka dan dah sayang pada awak. Tapi saya lebih sayangkan hubungan kita yang dah terbina ni. Saya tak nak lah kehilangan seorang teman yang baik dan istimewa macma awak ni semata - mata kes hari tu.. awak dah bawak banyak perubahan dalam hidup saya... Saya sangat hargai kehadiran awak... Jadi, saya nak pastikan, adakah awak benar - benar masih sudi untuk berhubung dengan saya seperti biasa?"

Aku tunggu sejam.... takde reply...

Aku fikir, dia mungkin marah, or berbelah bagi nak jawab soalan aku tu... Tapi bila fikirkan semula, kalau dia tak nak berhubung, takkan dia replied msg2 aku tu..

So, aku hantar satu lagi mesej "awak, saya mintak maaf sangat2 kalau mesej saya tadi tu, buatkan awak marah... maafkan saya.. really sorry.. please take care"

Then aku dapat service "Call-Me-Back"... kalau korang pakai maxis prepaid, ni service yang korang boleh guna HANYA jika kredit korang dah abis...

Legala hati aku,... ingatkan dia takmau reply.. rupanya kredit abis... So, aku pun topupkan dia RM10.00.. then dia replied, "tak marah la..."

Aku just replied "syukur alhamdulillah kalau gitu... saya risaukan awak sebenarnya... saya harap takde masalah nak berhubung lagi macam selalu malah akan jadi lebih baik2 daripada sebelum ni k... awak jaga diri dan keje baik2.., take care"

Aku endkan mesej macam tu sebab nak pergi lunch.

sejam lepas tu, dapat mesej dari dia "awak sibuk ke?"

Aku tanya kenapa?

"takde, tanya je.. awak bz? sibuk ke sekarang ni?" dia replied.

Aku jawab, "takdelah.. baru je lepas makan ni kat rumah tengah lepak2 je"

So, kitorang bermesej2 dari jam 2.30pm sampai 4.30pm.

Daripada mesej dia dalam bentuk mood yang agak down (aku perasan cara dia jawab msg mood dia macam kureng maybe sebab kes pakwe dia jumpa aku...), sampailah mood dah mula ok bila dia dah banyak "hahahaha... hehehehe" lepas aku masukkan humor dalam msg2 aku.. :D

So, malamnya pula, aku juz wish ucap selamat malam macam selalu. Dia replied macam selalu jugak...

Hari ni tadi (9hb feb), aku mula - mula fikir aku yang akan contact dia dulu.. macam biasa, aku nak contact dia jam 11pm... Alih - alih, dia misscall aku jam 10.00pm...

So, kitorang bermsg sebentar sampai aku wish gud nite kat dia.... Maybe esok (10hb) lepas solat jumaat nak ajak dia lunch sama and jumpa untuk tengok keadaan dia ni...

Sebagai kesimpulan dengan apa yang dah berlaku ni...

Jika tak berlaku kes diatas, hubungan kami mungkin akan jadi makin rancak... namun isunya adalah aku tak sure status dia (ada pakwe atau tak) dan benda ni akan terus menjadi tanda tanya dalam hati aku sebab dia jenis perahsia dan susah nak luahkan sesuatu kalau benda tu mungkin membuatkan seseorang rasa tak selesa (pendek kata, jenis nak jaga hati orang la)...

Tapi dengan terjadinya benda ni, alhamdulillah aku dah jelas bahawasanya yang dia ni ada pakwe, tapi dalam mod "It's complicated" dan dia punya hati pada pakwe dia memang tidak kuat.. Dia sendiri mengaku bahawa dia dah pudar / tawar hati pada pakwenya...

Berdasarkan daripada situasi ni, aku buat masa ini akan keep maintain hubungan macam biasa (teman tapi mesra) dan tak akan sentuh bab perasaan hati sangat. Aku akan usahakan untuk conquer hati dia slow and steady dan bila tiba masanya, terus masuk pinang (jika di izinkan Allah dan sampai jodohku dengannya)... pendek kata, aku serahkan soal jodoh, hati dan perasaan sepenuhnya pada Allah SWT. Tapi dalam masa yang sama, aku akan usaha untuk memikat hatinya untuk terus lekat pada aku... Doakan je la kawan - kawan mudah - mudahan semua urusan selesai dengan baik baik...

p.s - Kadang kala aku terasa macam aku perampas.. Tapi, inilah "Men's battle"... Tiada istilah perampas kan sebab dia belum lagi berkahwin. :D

:">



pehh.. aku baca thread ni 1jam.. uhuh... esok klau bos tanya nape masuk keje lewat..aku nak suruh dia lak baca thread ni.. uhuhuhuh.. baru dia tahu... penat2..
Kesimpulan yang aku dpt buat... p'puan ni mmg baru nak belajar bercinta.. TT mmg beruntung jika kenalan n minat gadis mcm ni... mgkin bf dia belajar or keje jauh.. tu yg berani kawan ngan TT... or berkemungkinan dia mmg masih single.. Cara TT guna mmg susah gak nak buat... TT mmg jenis penyabar... paling penting TT kene kenali2 gadis tersebut..
ANTARANYA:-
1.Senang berbicara
2.Jika merajuk lama or kejap
3.Jika di tegur (nasihat), apa reaksi dia?
4.Cara berbelanja
5.Perihal Agama (Solat), biasanya jika masuk waktu time Dating, g solat or x?
6. Mesra dgn Ibubapa.. adakah dia call setiap minggu or hari2..
7. etc.

Semua di atas tidak penting / bergantung pada Tt jugak... Sekadar cadangan dlm memilih jodoh.. PALING PENTING Senang di didik or boleh DIDIK kita, kearah kebaikan.. TQ

Bro, nasib baik aku tak post cerita sebenar yang sepenuhnya untuk post kali ni... kalau tak mau ko sangkut berapa lama lagi.. hahaha...

Yeah, dia memang baru bercinta.. umur dia actually baru 19 bro. sama gak ngan pakwe dia. Compare dengan aku, 9 tahun beza actually. :D

Jawapan kepada point yang bro tanyakan:

1.Senang berbicara - Dia jenis pendiam. Hanya berkata bila kita berkata. But, takde masalah. Hanya perlu trigger topik yang menarik untuk dia masuk cerita.

2.Jika merajuk lama or kejap - Aku tak tau la dia merajuk macam mana sebab tak penah plak rasanya buat dia merajuk.. hahaha

3.Jika di tegur (nasihat), apa reaksi dia? - Mungkin ada sikit degil tapi bergantung kepada isu.

4.Cara berbelanja - Penjimat and jenis tak mengambil kesempatan daripada orang lain (contoh hari tu aku nak bayarkan novel dia beli, aku terus letak RM50 kat cashier then blah keluar dari kedai popular... bila dia keluar je dari kedai tu, dia masukkan balik RM50 dalam poket baju aku..)

5.Perihal Agama (Solat), biasanya jika masuk waktu time Dating, g solat or x? - Ya, bab ni dia out skit.. dia tunggu je aku selalu.. That's why buat aku rasa nak mengambil dia and didik dia mengikut kemampuan aku.

6. Mesra dgn Ibubapa.. adakah dia call setiap minggu or hari2.. - Dia hanya ada ibu sebab ayah dah meninggal sejak 3 tahun. Kehidupan dia aku tak tau secara sepenuhnya tapi aku rasa, dia ni jenis banyak terpaksa bergantung kepada kasih sayang orang lain (saudara mara)... dan terpaksa berdikari.. sebab tu dlaam usia 19 tahun ni, dia dah bekerja.. kalau awek2 lain, semua dok bermain lagi di U, kolej...

7. etc. - Sikap dia yang buat aku rasa amat tertarik adalah kekuatan berdikari dia (maybe sebab susah dari kecik), cara dia bawa diri, cara dia menyesuaikan diri dalam satu - satu keadaan sekitar., jenis tak ambik port hal orang lain.

Secara jujurnya,... keadaan dirinya, perangainya, kehidupannya.. dah membuatkan aku berasa bertanggungjawab untuk menjaga dia... Dia seorang yang perlu dipimpin dengan baik... Apa yang dapat aku buat sekarang, hanya berdoa kepada Allah SWT. Jika dia memang jodoh aku, baik untuk aku, agamaku, dan kehidupan ku, maka insyaAllah, permudahkan segala urusanku... Doakan lah ye kawan2. :D
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register