BTC USD 84,388.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HELP - Kaedah sesuai nak tekel awek di shopping complex.

Hahaha, komen korang memang best and terbaik la! :)cgrock


hati dia da tertutup... takot bro dalam friendzone plak

orang macam ni dia akan anggap bro kawan je cume bile da sayang timbul dia akan sayang sampai mati.
ambil berat je tayah kesah pasal ni

Aku tak tau nak cakap camna. Tapi, hari ni, dia mintak tolong aku temankan adik sedara dia (ppuan br sampai dr kg minggu lepas.. tgh tunggu result spm) gi klinik since dia kerja tak sempat nak bawak adik sedara dia. Adik sedara dia ni baru nak keja sama tempat dengan dia.

Nampak dia punya 'trust' kat aku dah agak tinggi sampai brani suruh aku temankan adik sedara dia. Nasib baik aku ni bukan lelaki nakal :">

Tapi last2 tak jadi sebab adik sedara dia segan. :D So, adik sedara dia pegi dengan kawan ppuan yg baru dia kenal kat tempat keja dia.


Agaknya dia senyap sebab TT dah start tanya soalan ala cepumas... maybe dia belum ready untuk bagi jawapan to the soalan cepumas tu sebab dia tak ready nak step further by going deeper into the relationship with TT. So buat macam biasa jer, jangan push for the answer...

Pelan pelan kayuh:)

Aku rasa gitu gak la. :D So, skang ni aku slow and steady je.


buat gentleman je. tanye dah de pakwe ke blom, then ckp je minat.

InsyaAllah, nanti aku kena buat gini gak. Tapi hint2 tu, aku dah bagi. Tak nampak pulak dia menolak ke apa. Dia ni bukan jenis awek2 gedik / manja. Dia sangat independent (tu yg buat aku tertarik). Maybe sebab dia takde ayah sejak umur 3 tahun.


bro anak ghimau..ce x yah contact dia lagi..
kalau dia btul2 ada hati kt bro mesti dia gelabah sbb bro x msg/col dia..

Aku dah buat dah. Aku last contact dia hari jumaat.. lepas aku sms dia tak reply, aku decide nak relax tak contact.

Then hari ahad pagi dia sms mintak maaf tak reply sebab kredit takde katanya. :D

Before jumaat tu, memang tiap2 hari aku sms dia wish gud nite, good morning etc. Dia memang reply.

Best Man Win :))

Arigato... :)cgrock


By the way, untuk information korang, dia ni bukan orang local (kawasan aku)... Dia mai dari berdagang keje kat sini. Dok hostel tempat kerja dia provide.

Budak pahang. :D

Beza umur dengan aku agak jauh jugaklah. 15 hb Januari ni, masuk 2 bulanlah aku dapat no phone dia.. Target aku dalam masa 6 bulan harap - harap dah boleh pi pinang. Apa macam? Doa2kan la ek :">
 
Last edited:
Tapi last2 tak jadi sebab adik sedara dia segan. :D So, adik sedara dia pegi dengan kawan ppuan yg baru dia kenal kat tempat keja dia.

Ni ayat pembakar semangat:

Den raso adik sedara dia lagi cun dari dia .. tu pasal dia kensel benda tu sebab takut TT berubah arah



Beza umur dengan aku agak jauh jugaklah. 15 hb Januari ni, masuk 2 bulanlah aku dapat no phone dia.. Target aku dalam masa 6 bulan harap - harap dah boleh pi pinang. Apa macam? Doa2kan la ek :">

Ya Allah .. kau sampaikan lah jodoh TT ngan minah cashier ni ... Amin

Dapatlah den makan nasi beriani freee:D
 
semoga TT dengan dia ada jodoh.. amin.. kita ikhtiar aje.. yang beri semua tu Allah.. =)
 
Bila TT nak hapdet ni? Den plak yang xcited & thrill
 
bro berdoa je setiap malam mintak petunjuk allah.. buat solat hajat ke ... saya salute bro kalau kisah cinta bro ni boleh sampai ke jinjang pelamin .. semoga berjaya bro!! BEST MAN WIN!!
 
Orait guys...

update terkini.. panas dari oven...

Jika dikira tarikh, hari ni 4 January 2012, bererti aku dah dapat no tpon si dia dekat 2 bulan dah (tarikh dpt no 15 Nov 2011).

Sepanjang pengenalan ni, memang nampak gaklah perubahan pada diri dia yakni dari susah nak dihubung, dia dah rajin berhubung (sms), dah keluar mkn bersama 3 kali... bersembang pun dah byk cerita boleh disembangkan...

Selama ni jugak, aku tak pernah tanya dia bahawa dia dah berpunya ataupun tak.

Aku just layan dia dengan sebaik mungkin. Ada kalanya dia misscall aku, ada kalanya dia akan msg aku tanpa aku harap pun.

Nak dipendekkan cerita, malam tadi, aku ambil keputusan nak clearkan status diri dia sama ada masih single and available ataupun tak.

So, lepas bersms tanya khabar etc, aku hantar msg berbunyi lebih kurang macam ni:

"saya dah lama nak tanya awak.. awak dah ada yg punya ke? dah ada special bf?"

30 minit aku tunggu dia reply... senyap je tanpa balas.. sblm sms tu, tak sampai 2 minit je dia reply setiap msg aku.

So, lepas 30 minit menunggu, aku msg dia lg berbunyi lebih kurang macam ni:

"awak, maaf kalau soalan saya tu agak personal. Juz curious je. Anyway, tak kisahlah pasal hal tu kan. Selama ni dapat kenal dengan awak pun saya dh bersyukur.Sekurang - kurangnya dari tak kenal, sekarang kita dah kenal. Apapun, gudnite to you. May u have a wonderful sleep & sweet dream. tk care & assalamualaikum"

jam menunjukkan pukul 2am.

Aku agak dia memang takkan reply.

So, aku berkata - kata sendiri dalam hati, tak mengapalah. Esok aku contact je macam biasa buat2 macam takde apa2. :D

So, hari ni 4 january, jam 11pm tadi, aku dpt reply sms dari dia "xpelah.. okay"

Sbnarnya aku tak faham maksud sms dia tu "takpelah" untuk jawab yg mana.. dan "okay" untuk apa.

Then, aku reply je tapi tukar topik lain, bertanya khabar dia kat tempat kerja.. so, kitorang bertukar2 msg dalam 6 msg kot then aku mintak undur diri sbb nak sambung keje.

So geng CGrians sekalian, apa pandangan korang dalam situasi ni.

Aku menjangkakan berdasarkan daripada pengalaman lama aku:

1. Dia memang dah ada bf tapi tak mau bagitau. Alasan mungkin:
a) ada masalah ngn bf dia? (kalau status fb, biasa orang letak complicated lah kan :D)
b) tak confident ngn bf dia sendiri?
c) play girl? (tp aku tak rasa dia jenis ni. Kalau tak mesti aku je terhegeh2 dok kontek dia. Tapi berdasarkan kes aku ni, dia selalu jugak kontek aku)

2. Mungkin baru lepas kecewa, hati masih syg kat bf lama dan mengharap bf kembali.

3. _____________________ (korang tambah)


Sejujurnya, memang aku agak heran kenapa si dia tak mau clearkan statusnya. Tapi memandangkan aku penah ada pengalaman yg super duper menyakitkan dulu, so, benda ni takde apa2 dah bg aku.

Perancangan aku, aku tak kan ungkit lagi perkara ni pada dia. Aku akan tunggu dia sendiri bukak cerita.

At the same time, aku akan layan dia macam biasa aku layan before ni just aku tak akan letak harapan yg tinggilah. Apapun aku akan berusaha yang terbaik untuk memenangi hati dia dan selebihnya berdoa dan berserah pada yang Esa.

So, what do you guys think? :D

bro..setau aku la dalam situasi ini..bro ada harapan besar huhuhuhu... jika betul2 dia ada bf..dia akan ckp je dia dh ada.
 
aper la kau ni tt, kau dah gi makan 3 kali pon xleh game lagi ke??
bro pompuan ni ko terus terang je, cuba time makan tu tanya je direct, buat aper nak sms ni..
kalau dier ckp dah ada, get on la..time tu baru bukak thread,"nak rampas ke xnak"..
p/s tt ko keje ape?? mcm mana hari hari leh jumpa?
 
ape yg aku nak cakap adelah, BMW(best men win) hehe...die ade pakwe atau x ko wat x kisah jer, yg penting ayat kene manis,attitude kene jaga..kontrol macho tu x perlu, yg penting ko boleh wat die ketawe.. hehe
 
ape yg aku nak cakap adelah, BMW(best men win) hehe...die ade pakwe atau x ko wat x kisah jer, yg penting ayat kene manis,attitude kene jaga..kontrol macho tu x perlu, yg penting ko boleh wat die ketawe.. hehe

Tambahan ... caring mau lebih. Kalau dia demam ke, tak sihat ke, even sakit tekak aje pon ko hangkut dia poie klinik. .. mesti hati dia tersentuh punye

Sekali skala ko tapaukan breakfast or lunch for her. Ko dtg ke supermaket bawa makanan tu dan bagi terus kt dia sambil pesan 'jangan lupa makan nanti perut masuk angin ke' pas tu blah tanpa berlegar2 lagi kat situ. Biar dia nampak caring ko tu walaupun ko busy (atau buat2 busy)

Bila kawan2 kerja dia nampak derang akan usik2 dia ngan ko... so cinta dia bole berputik.

Lagi satu, perbuatan tu akan exposekan ko kat kawan2 dia, maybe nanti ko akan dapat support derang. Lainlah kalau boipren dia pon keja kt situ ... tapi lawan tetap lawan
 
Last edited:
aper la kau ni tt, kau dah gi makan 3 kali pon xleh game lagi ke??
bro pompuan ni ko terus terang je, cuba time makan tu tanya je direct, buat aper nak sms ni..
kalau dier ckp dah ada, get on la..time tu baru bukak thread,"nak rampas ke xnak"..
p/s tt ko keje ape?? mcm mana hari hari leh jumpa?

Mana ada hari hari aku jumpa dia bro. Ni dah nak masuk 3 minggu kot tak jumpa langsung. :D


ape yg aku nak cakap adelah, BMW(best men win) hehe...die ade pakwe atau x ko wat x kisah jer, yg penting ayat kene manis,attitude kene jaga..kontrol macho tu x perlu, yg penting ko boleh wat die ketawe.. hehe

Thank you bro for the tips!



Tambahan ... caring mau lebih. Kalau dia demam ke, tak sihat ke, even sakit tekak aje pon ko hangkut dia poie klinik. .. mesti hati dia tersentuh punye

Sekali skala ko tapaukan breakfast or lunch for her. Ko dtg ke supermaket bawa makanan tu dan bagi terus kt dia sambil pesan 'jangan lupa makan nanti perut masuk angin ke' pas tu blah tanpa berlegar2 lagi kat situ. Biar dia nampak caring ko tu walaupun ko busy (atau buat2 busy)

Bila kawan2 kerja dia nampak derang akan usik2 dia ngan ko... so cinta dia bole berputik.

Lagi satu, perbuatan tu akan exposekan ko kat kawan2 dia, maybe nanti ko akan dapat support derang. Lainlah kalau boipren dia pon keja kt situ ... tapi lawan tetap lawan

Terbaiklah komen bro. InsyaAllah, akan ku aplikasikan tips tips mu itu.

=========

So, untuk update.... kelmarin (10 Jan 2012) aku bermsg dengan dia... tu pun lepas dia msg aku dulu (dalam jam 2.30pm)...

"Assalamualaikum... awak, sy ada benda nak tanya ckit..."

Aku jawab: "Wslm, ye, tanyalah"

Dia replied: "Emm, tak ada apa2lah"

Then aku cakap: "hmm, betul ni? kalau ada apa2, ckp je. jgn simpan2, jgn pendam2."

Dia replied lagi: "haha.. betul, takde apa2"

Then kitorang bermsg - msg sampai part aku msg dia macam ni:

"Apa gift yg paling special yg ada kat bahagian yg awak jaga tu. Saya nak gift tu boleh tak"

(Aku tanya soalan ni sebab dia cakap dia tengah jaga kat bahagian gift)

Dia jawab: "Takde gift yang special pun"...

Pastu aku replied: "Kalau takde gift yg special, takpalah. Kalau gitu tak perlulah nak gi collect gift kalau saya gi beli barang kat sana... Tapi, ada 1 yg pasti saya nak,.... saya nak awak"

Aku replied gitu then selang 4 minit, dia replied: "xblh.. sbb da dicop... awk dah lambat la"

Aku baca msg dia, aku tersenyum sebab memang aku dah mengagak dia sudah berpunya macam aku cakap before ni.

So, aku just replied: "Kecewa :'(... tp nak buat camne..."

Dia replied instantly, dalam masa seminit "emm, tp kalau ada jodoh xkemane.. manatau dgn org lain.. haha"

Aku replied, "yelah kan, kita rancang, Allah yg tentukan jua...." then aku tukar topik cerita pasal benda lain hal keja dia sampai masuk waktu asar, aku mintak undur diri.

Aku ingat aku nak relak je takmo msg dia lagi untuk beberapa hari...

Malam tu, dalam jam 10.30pm, dia msg aku tanya kawasan rumah aku ada air ke tak sebab kat area dia takde air. then berbalas 3 - 4 msg aku endkan dengan msg good nite.

So, hari ni, macam biasa, aku plan takmo contact dia... kononnya nekad la kot malas nak contact...

Skali pukul 9.30pm tadi, dia msg macam ni... "awak... susah lah.."

Hati aku tertanya, "apa yg susahnya...?" dari plan asal aku takmo contact, maka terpaksa aku tukar plan... hahaha...

Aku replied "Susah apa tu maksud awak?"

Dia replied "nanti saya cerita.. masih kat tempat keje"

Aku replied "alright, keje bebaik. saya tunggu. take care"

So, aku tunggu dia msg sambil aku layan membuta jap, dalam jam 10.30 dia msg aku "awak...."

Aku replied "ye saye, knape ni?"

Pastu dia ceritalah yg dia pening and tension sebab byk benda berlaku kat tempat kerja (isu kawan2) and adik - adik sedara dia buat hal (gaduh sesama sendiri tak bertegur sapa).

So aku kasilah pendapat skit2 and pesan kata insyaAllah, nanti semua akan ok. Just suruh dia rilek and cool + bersabar.

Then hujung2 msg, nampak dia macam dah ok skit, aku dah takde idea nak cakap apa, aku just cakap, nanti nak tido, bagitau yer. (saja gak nak uji tengok dia bgtau ke tak)

So, pukul 1.10am tadi, dia msg, "awak, nak tido dah..."

Aku call, tp tak angkat. Maybe dia takde mood nak cakap, aku abaikan je la. :D Aku msg je wish selamat malam and selamat tdo.

That's all for today story.. :D

Selama kenal dia ni, aku baru call beberapa kali je (aku rasa dalam 4 - 5 kali kot), selebihnya bmsg. Mungkin korang tanya knapa tak call je selalu... sebabnya, aku kadang2 blur nak cakap apa.. so daripada merapu, baik msg2 je. Lagi satu, aku tengok dia ni jenis yg pendiam kalau di phone tapi lebih ligat and terbuka bila di sms.

Next adalah environment dia.. Since dia ni stay di hostel and berkongsi bilik dengan 2 - 3 orang, so maybe tak berapa selesa dia nak cakap on the phone. Tu pasal kalau aku call, dia macam cakap sepatah dua or gelak2 je... :D

Maybe ada yang rasa, apesal slow sangat progress aku, well, macam geng2 lain cakap.... slow and steady. Aku tak nak mendesak and aku jugak taknak dia rasa rimas. Better dia selesa dulu ngn aku sepenuhnya.

And bab pasal ada bf tu, aku tak ambik pusing pun sebab bagi aku, kalau dia betul2 serius dengan bf dia, mana mungkin dia akan layan aku ye tak. And one more thing, ayat dia "emm, tp kalau ada jodoh xkemane.. manatau dgn org lain.. haha", macam kasi hint je yang ada chance. Macam korang cakap.. Best Man Win. :D

So, let me continue this challenge. :) Aku tak akan letak harapan tinggi, but at the same time, aku akan usaha jugak menarik hati dia slow and steady...

Well, cerita malam ni, actually aku pun tak sangka plak dia cari aku untuk cerita problem dia tu sebab tak penah lagi before ni dia buat gitu. :D

Anyway, kita nantikan sambungan perkembangan cerita live kehidupan ini. :D


p.s - apesal takde ppuan komen dalam thread ni eh? hahaha
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register