BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TPM Ahmad Zahid Cadang Skim Potongan Gaji Sukarela Perluas Program Wakaf Al-Quran

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141
d78b636f26c7b4f0c15a50f974ffd57e6981f338d17ff

1e46b254141c2c6aff9e75223d42bf1b6981f3e158a0e

9ed9ec06f497c76b9338eb48f003e5366981f3faca3d9

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Penaung Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan ketika berucap pada Perasmian Program Waqaf Al-Quran Ke-19 Peringkat Kebangsaan di Dewan Abdullah Bukhari, Kompleks Nasyrul Quran hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencadangkan pelaksanaan Skim Potongan Gaji (SPG) secara sukarela membabitkan petugas kerajaan, badan berkanun dan sektor swasta sebagai antara kaedah memperluas program wakaf al-Quran.

Beliau berkata perkara ini akan menjadi langkah strategik bagi memastikan kelangsungan serta peluasan program berkenaan di negara ini.

"Melalui skim ini, sumbangan kecil yang dilakukan secara konsisten mampu membina impak besar.

"Wakaf boleh diniatkan untuk diri sendiri, ahli keluarga, atau dihadiahkan pahalanya kepada ibu bapa dan insan tersayang yang telah kembali ke rahmatullah, sekali gus menjadikan wakaf ini sebagai jambatan kasih yang merentas masa dan generasi," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran Datuk Dr Abdul Latiff Mirasa.

Ahmad Zahid berkata sekiranya SPG dilaksanakan, beliau berharap pihak yang menguruskannya tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pihak yang berwakaf.

"Saya berharap pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) yang akan menguruskan pemotongan gaji ini, tidak mengenakan sebarang bayaran kepada Nasyrul Quran (pusat pencetakan al-Quran).

"Saya juga meminta supaya ahli-ahli koperasi di seluruh negara memberikan sumbangan melalui ANGKASA agar wakaf al-Quran ini lebih diperbanyak kerana sasaran kita, selain menterjemahkan al-Quran ke dalam 30 bahasa, pengedaran al-Quran juga dihantar ke negara minoriti Muslim," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menyeru pempengaruh media sosial untuk menggunakan pengaruh mereka mengajak orang ramai menyumbang sekurang-kurangnya sebuah mushaf al-Quran sebagai wakaf.

 
Back
Top
Log in Register