BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim Perkhidmatan Penguasa Imigresen Wajar Ditambah Baik -- TPM Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Skim Perkhidmatan Penguasa Imigresen Wajar Ditambah Baik -- TPM Zahid​

d8a0ca97c5043d70f4e391685cca82fe6a5f264aef419

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) melihat salinan passport berwajah baharu pada Majlis Sambutan Hari Imigresen 2026 di Cyber Event Hall, Cyberjaya.

Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Zakaria Shaaban (kanan).


--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Skim Perkhidmatan Penguasa Imigresen wajar ditambah baik sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata beliau menyokong cadangan dikemukakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar penambahbaikan dilakukan terhadap skim berkenaan termasuk penstrukturan jawatan strategik serta peluasan laluan kerjaya.

Beliau berpendapat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz boleh memberi pertimbangan lanjut terhadap cadangan itu.

“Saya amat bersetuju dengan permintaan Menteri Dalam Negeri dan sewajarnya dapat pertimbangan daripada KSN dan juga KPPA.

“JIM merupakan agensi yang memperoleh hasil ketiga banyaknya di negara kita dan (sewajarnya) kita berikan penghargaan atas usaha kerja (mereka),” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Imigresen 2026 bertemakan ‘Melakar Wajah Baharu Imigresen’, di sini, hari ini.

Terdahulu, Saifuddin Nasution dalam ucapannya mencadangkan penambahbaikan terhadap skim Perkhidmatan Penguasa Imigresen, penstrukturan jawatan strategik serta peluasan laluan kerjaya.

Sementara itu, Ahmad Zahid mahu warga JIM terus melaksanakan tanggungjawab menjaga pintu masuk negara dengan bertanggungjawab dan mengelak daripada terjebak dengan mana-mana kontroversi yang menjejaskan kedaulatan negara.

“Sebagai benteng pertama yang mempertahankan kedaulatan negara, pikullah amanah ini dengan penuh keberanian dan kebijaksanaan.

“Berkhidmatlah bukan kerana ada yang memerhati, tetapi setiap tindakan kita adalah amanah besar kepada negara… kerana masa depan sesebuah institusi bukan ditentukan oleh cabaran yang dihadapinya, tetapi oleh keberanian warganya untuk mengatasinya,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register