BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid Cadang Kursus Kepimpinan, Politik Untuk MPP IPT

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ahmad Zahid Cadang Kursus Kepimpinan, Politik Untuk MPP IPT​

bb26c8868138a1e93e6d71bbe439634e6a4f9aa90ea73

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi pengajian tinggi disaran mengikuti kursus khas berkaitan kepimpinan dan politik bagi kefahaman lebih mendalam mengenai sistem demokrasi dan landskap politik negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendedahan itu penting dalam membentuk barisan pemimpin muda yang lebih matang dan memahami cabaran semasa negara.

Beliau berkata kerajaan bersedia membiayai pelaksanaan kursus berkenaan sekiranya mendapat permintaan daripada MPP di seluruh negara.

“Saya harap MPP membawa seluruh (ahli) MPP dengan kebenaran Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir… kita membiayai agar mereka dapat memasuki kursus kepimpinan supaya mereka terdedah dalam bidang politik untuk mencorakkan warna politik sebenar di tanah air,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada Program Khabar Siswa di Politeknik Sultan Ibrahim, Pasir Gudang di sini hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional itu berkata golongan muda di Malaysia tidak semestinya perlu menceburi politik secara aktif namun mereka perlu mengambil tahu perkembangan politik semasa.

“Pengundi 18 tahun dan pengundi kali pertama tidak perlu terlibat dalam politik... kalau mahu terlibat, boleh... saya sendiri mula aktif dalam politik ketika menjadi pemimpin pelajar di Universiti Malaya.

“Yang penting, anak-anak muda mesti mengambil tahu tentang politik walaupun tidak mahu terlibat. Jangan sia-siakan peluang mengundi kerana undi penentu itu penting untuk menentukan jatuh bangunnya sesebuah parti politik,” katanya.

Beliau turut mengingatkan golongan muda supaya membuat pilihan secara bijak apabila tiba masa mengundi khususnya dalam menentukan kepimpinan yang mampu membawa kemajuan kepada negeri.

 
Back
Top
Log in Register