Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi komitmen penuh untuk memastikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 mendapat sokongan operasi terbaik di semua pintu masuk utama negara, dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Jabatan Imigresen sebagai barisan hadapan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata fokus utama kedua-dua agensi itu adalah memastikan kelancaran pergerakan rakyat dan pelancong, tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan negara.
“Keutamaan kami adalah kelancaran dan keselamatan di pintu masuk utama negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dan Terminal 2, Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks Sultan Abu Bakar, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Amanat Tahun Baharu 2026 KDN di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata pemasangan sistem pagar automatik di semua lokasi berkenaan akan dilengkapkan dalam usaha meningkatkan kecekapan.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menjadi peneraju utama dalam usaha negara memerangi jenayah penipuan dalam talian melalui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).
Beliau berkata premis utama NSRC di Cyberjaya akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.
Menurut Saifuddin Nasution, sebelum ini pusat aduan rakyat bagi jenayah dalam talian beroperasi di Bank Negara Malaysia sebagai gabungan pelbagai agensi termasuk PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Keputusan yang dibuat tahun lepas ialah menjadikan PDRM sebagai peneraju utama, dengan peruntukan khusus dan premis operasi baharu.
TMM2026: KDN Fokus Perkukuh Kawalan Pintu Masuk Negara, Kelancaran Pergerakan
Saifuddin Nasution Ismail, TMM2026, kelancaran, pi