BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelan Komprehensif Tambah Baik Kawalan Pintu Masuk Negara Dibentang Ke Kabinet Esok

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Pelan Komprehensif Tambah Baik Kawalan Pintu Masuk Negara Dibentang Ke Kabinet Esok​

968abc361a6a98a71d878a0ed8d3d63e6a83d1e9cd926

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tiga, kanan) bersama timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (dua, kanan) hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bagi Bulan Ogos di Auditorium Setia Perkasa hari ini.

Pelan komprehensif bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata pelan itu akan dibentangkan bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada mesyuarat Kabinet selepas disiapkan dalam tempoh dua minggu susulan arahan kerajaan untuk memperkukuh kawalan keselamatan di pintu masuk negara dengan melibatkan penyelarasan pelbagai agensi berkaitan.

“Insya-Allah, esok saya akan bentangkan secara bersama dengan rakan saya Menteri Pengangkutan kerana ia (pelan komprehensif), ada elemen di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT),” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pelan berkenaan mengambil kira keperluan untuk memperkukuh penyelarasan antara pelbagai agensi supaya tiada lagi pendekatan bekerja secara bersendirian atau “in silo” dalam mengawal pintu masuk negara.

Beliau berkata antara aspek diteliti termasuk penambahbaikan kompetensi sumber manusia, keperluan infrastruktur, sistem kamera litar tertutup (CCTV), mesin pengimbas serta latihan bagi petugas yang mengendalikan mesin berkenaan.

“Kita nak tengok aspek mana yang boleh kita tambah baik, apakah dari sudut keperluan infra, CCTV, mesin imbas atau latihan tentang orang yang mengawasi mesin imbas. Semua sekali kita akan tengok,” katanya.

Isu kawalan keselamatan lapangan terbang mendapat perhatian susulan beberapa kes membabitkan rakyat Malaysia kebelakangan ini, termasuk penahanan seorang juruterbang Malaysia selepas kira-kira 25 kilogram dadah jenis MDMA dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia, baru-baru ini.

Susulan itu, Jemaah Menteri dilapor mengarahkan KDN dan MOT mengemukakan pelan komprehensif bagi menambah baik kawalan keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh dua minggu.

Arahan itu susulan kebimbangan kerajaan terhadap insiden terbaharu yang boleh menjejaskan imej negara selain menimbulkan persepsi bahawa wujud kelemahan dalam sistem kawalan keselamatan di premis berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register