BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kabinet Arah Pelan Komprehensif Perkukuh Keselamatan KLIA Dalam Dua Minggu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kabinet Arah Pelan Komprehensif Perkukuh Keselamatan KLIA Dalam Dua Minggu​

e9096d1326f4739119eb92bf8a03ad596a75b6dca24e6

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua, kanan) dan sebahagian delegasi diberi penerangan mengenai anak penyu yang baru menetas oleh Pegawai Penyelidik Marin Taman Taman Sabah Mohd Rafiee Zulhilmie Asdari (kanan) sempena Program Lawatan Keselamatan dan Sesi Libat Urus Bersama delegasi Antarabangsa di Pulau Bakkungaan Kesil hari ini.

Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) mengemukakan pelan komprehensif bagi menambah baik kawalan keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh dua minggu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata arahan itu susulan kebimbangan kerajaan terhadap insiden terbaharu yang dilihat boleh menjejaskan imej negara selain menimbulkan persepsi bahawa wujud kelemahan dalam sistem kawalan keselamatan di premis berkenaan.

Beliau berkata langkah segera sedang diambil bagi merangka pelan penambahbaikan yang melibatkan pelbagai agensi berkaitan.

"Jemaah Menteri memandang serius insiden yang berlaku kerana ia memberi gambaran seolah-olah kawalan keselamatan di lapangan terbang kita bolos.

"Justeru, pelan penambahbaikan terperinci akan dirangka dengan penglibatan pelbagai agensi bagi memastikan tahap keselamatan terus diperkukuh," katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan dan tinjauan keselamatan di beberapa lokasi dalam Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) bersama delegasi perwakilan asing yang turut disertai Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos serta Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM Datuk Dr Jamaluddin Mohd Ali.

Isu kawalan keselamatan lapangan terbang mendapat perhatian susulan beberapa kes melibatkan rakyat Malaysia kebelakangan ini, termasuk penahanan seorang juruterbang Malaysia selepas kira-kira 25 kilogram dadah jenis MDMA dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia, minggu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin Nasution berkata KDN terus mempergiat usaha bersama diplomat dan perwakilan asing bagi menilai semula serta melonggarkan nasihat perjalanan terhadap pantai timur Sabah susulan tahap keselamatan kawasan itu yang semakin terjamin.

Beliau berkata beberapa negara termasuk Jepun dan Switzerland telah meminda nasihat perjalanan mereka hasil penerangan berterusan kerajaan serta bukti kestabilan persekitaran keselamatan tempatan.

 
Back
Top
Log in Register