BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Lancar Dua Pelan Strategik Perkukuh Usaha Pembinaan Negara Bangsa

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Kerajaan Lancar Dua Pelan Strategik Perkukuh Usaha Pembinaan Negara Bangsa​

071f8579dd0d7a189e1828c3444495536a5712badcf7b

0e30660b741d88cb5ba0c6bddad108656a5712816e754

cd40e709b96d583cada4f9645b612fdf6a5712cf76466

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) hari ini melancarkan dua pelan strategik sebagai dokumen rujukan utama dalam menetapkan hala tuju kementerian bagi tempoh lima tahun akan datang dalam usaha membina negara bangsa.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata pelan pertama, iaitu Pelan Strategik KPN 2026-2030 adalah untuk memperkasakan nilai kebangsaan, memperkukuh tapak integrasi sosial serta melestarikan khazanah warisan sebagai tunjang pembinaan negara bangsa.

Pelan kedua, iaitu Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) KPN 2026-2030 pula merupakan dokumen perancangan yang dibangunkan untuk menyokong agenda transformasi digital.

“Pelan Strategik KPN 2026-2030 keseluruhannya merangkumi lima teras, 12 strategi dan 33 inisiatif yang akan dilaksanakan secara berfasa sepanjang tempoh 2026 hingga 2030.

“Ia disusun selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, dan mandat kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), iaitu mengenai pembinaan negara bangsa sebagai asas kepada pembentukan perpaduan negara yang mampan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPN dan pelancaran pelan itu, di sini.

Aaron berkata sebagai pembaharuan, Pelan Strategik KPN 2026-2030 turut memperkenalkan pendekatan Rubrik Penilaian Impak Polisi (PIP), yang menjadi instrumen utama untuk memantau pelaksanaan pelan operasi serta mengukur tahap pencapaian setiap teras, strategi dan inisiatif secara lebih berkesan.

“Ini sekali gus memastikan setiap tindakan yang dilaksanakan memberikan impak yang jelas kepada agenda pembinaan negara bangsa dan perpaduan nasional,” kata beliau.

Beliau berkata PSP KPN 2026-2030 merangkumi tiga fokus utama yang menggariskan pelbagai program, projek dan inisiatif pendigitalan selaras dengan keperluan organisasi dan perkembangan teknologi semasa.

Aaron turut menyarankan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) supaya memanfaatkan sepenuhnya Geran Padanan Muzium (GPM) 2026 bernilai RM5 juta bagi mempercepat usaha pemodenan dan pendigitalan sektor permuziuman negara, termasuk melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

 
Back
Top
Log in Register