BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAIWP Lancar Pelan Strategik 2026-2030, Perkukuh Agenda Ummah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

MAIWP Lancar Pelan Strategik 2026-2030, Perkukuh Agenda Ummah​

34f4d0db407117f63975c3787b9298126a05b043e634c

4fdd32798a4fef837fc0099b893a4cca6a05b06c8f619

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berucap pada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Sijil Penghargaan Perkhidmatan bagi Tahun 2025 dan Anugerah Perkhidmatan Setia 25 Tahun Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dewan Perdana Felda hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan Pelan Strategik MAIWP 2026-2030 yang akan mengintegrasikan penggunaan teknologi tinggi, termasuk kecerdasan buatan (AI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata penggunaan teknologi AI bertujuan memperkukuh proses profil asnaf serta menilai impak program bantuan dengan lebih tepat dan berkesan.

"Apa yang kita usahakan bukan sekadar pelancaran pelan tindakan, tetapi satu mekanisme untuk mengukur sejauh mana bantuan yang disalurkan benar-benar memberi impak dan memenuhi keperluan sebenar asnaf.

"Melalui teknologi AI, kita dapat memastikan setiap tindakan adalah berdasarkan data agar tiada asnaf yang tercicir, di samping menguruskan pertambahan asnaf baharu dengan lebih sistematik," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MAIWP 2025 dan pelancaran Pelan Strategik MAIWP 2026-2030 di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut menzahirkan penghargaan atas kejayaan MAIWP mengekalkan Sijil Audit Bersih daripada Jabatan Audit Negara bagi tahun ke-19 berturut-turut, sekali gus membuktikan kecemerlangan tatakelola dan ketelusan agensi itu dalam menguruskan dana ummah.

Zulkifli berkata sepanjang 2025, MAIWP mencatatkan kutipan zakat sebanyak RM1.205 bilion manakala agihan pula mencecah RM1.22 bilion menerusi 38 skim bantuan.

"Malah setakat 12 Mei tahun ini (2026), sebanyak RM447 juta dana zakat telah pun diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan," katanya.

Mengenai Pelan Strategik 2026-2030, beliau berkata ia mengandungi tiga teras strategik dan empat pemacu utama yang merangkumi 34 strategi, 75 inisiatif serta 128 indikator prestasi (KPI).

Pelan tersebut turut memberi penekanan kepada aspek kelestarian bagi memastikan MAIWP sentiasa bersedia menawarkan solusi kepada rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi global.

 
Back
Top
Log in Register