combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,146
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,146
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perkukuh Agenda Inklusif, Selangor Lancar Dasar OKU Dan Pelan Tindakan 2026-2030
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masysarakat Negeri Selangor Anfaal Saari (kanan) beramah mesra bersama kanak-kanak kurang upaya pada Majlis Pelancaran Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor 2026 - 2030 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.
Kerajaan Negeri Selangor hari ini melancarkan Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor dan Pelan Tindakan 2026-2030 bagi mengukuhkan agenda inklusif termasuk memacu pembangunan holistik komuniti berkenaan di negeri itu yang kini mencecah 150,000 individu berdaftar.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri Anfaal Saari berkata pelaksanaan dasar komprehensif itu menandakan anjakan paradigma penting bagi Selangor yang kini beralih daripada pendekatan berasaskan kebajikan bersifat pasif kepada pendekatan hak, penyertaan aktif serta pemberdayaan menyeluruh.
"Langkah proaktif ini diambil bagi memastikan komuniti OKU diiktiraf sebagai rakan-rakan kongsi strategik yang setara dalam memacu pembangunan negeri meliputi pelbagai aspek.
"Dasar ini digubal berdasarkan acuan realiti dan data kajian lapangan melibatkan komuniti OKU, para penjaga, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan serta barisan ahli akademik," katanya selepas melancarkan dasar itu di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini.
Beliau berkata dokumen strategik itu turut dirangka secara khusus bagi menutup jurang yang wujud antara penggubalan dasar dan fasa pelaksanaan menerusi penekanan kepada beberapa fokus utama yang telah dikenal pasti.
Anfaal berkata pelaksanaan dasar itu dipandu secara berstruktur menerusi lima teras utama iaitu kesejahteraan hidup dan kesaksamaan sosial, pendidikan dan pembangunan sepanjang hayat, produktiviti dan pembangunan ekonomi, aksesibiliti dan reka bentuk sejagat (UD) serta tadbir urus dan advokasi OKU.
"Berteraskan maqasid syariah, ia turut memperkukuh akses perkhidmatan kesihatan, intervensi awal, sokongan kesihatan mental buat OKU serta para penjaga, kebolehpasaran ekonomi dan kemudahan ibadah yang inklusif.
"Bagaimanapun, apabila menyentuh peranan pihak berkuasa tempatan, saya memahami bahawa untuk pembangunan kawasan lama mungkin agak sukar tetapi kita boleh mulakan dengan perancangan pembangunan baharu," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata pihaknya juga akan memutuskan mengenai pelbagai syarat wajib berhubung UD yang akan dimasukkan ke dalam perancangan pembangunan untuk dipatuhi oleh pemaju.