BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPA Lancar Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia 2026-2030

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

JPA Lancar Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia 2026-2030​

e3f77545c1bd3f1cf813085f23dc23516a34f1eb4ceb5

9996c73a79df06e3d5e356d83ab8f7056a34edc943c07

Kredit: Fb Jabatan Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini melancarkan Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia 2026-2030, yang menggariskan 12 strategi, 22 program dan 48 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memperkukuh kesejahteraan psikologi pegawai awam.

JPA dalam catatan di laman Facebook rasminya memaklumkan pelan strategik itu, dilancarkan pada Majlis Perhimpunan Bulanan JPA bagi Jun 2026 yang bertemakan “R&R (Rehat dan Rawat) Jiwamu”, yang disempurnakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz di sini.

Menurut hantaran itu, antara amanat utama yang disampaikan Wan Ahmad Dahlan ialah konsep “Rawat” yang menuntut penjawat awam bertindak proaktif mengambil langkah intervensi, melalui keberanian merungkai stigma, menyuarakan permasalahan serta mendapatkan khidmat sokongan profesional apabila diperlukan.

“Kesejahteraan sesebuah organisasi bermula daripada kesejahteraan jiwa warganya. Marilah kita bersama-sama membudayakan sokongan yang positif, menghapuskan stigma terhadap perkhidmatan psikologi dan mengamalkan penjagaan kendiri yang berkesan.

“Rehatlah apabila lelah dan rawatlah jiwa sebelum ia menjadi parah,” menurut hantaran itu.

Konsep "Rawat" dalam perkhidmatan awam merujuk kepada langkah intervensi proaktif bagi menangani isu kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja, yang diperkenalkan JPA bagi melengkapi strategi pembaharuan lain seperti budaya kerja H.E.M.A.T iaitu harian, ekapaksi, menyelamat, amanah dan teliti serta inisiatif R&R Jiwamu.

 
Back
Top
Log in Register