BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASHA 2026-2030 Perkukuh Daya Tahan Kesihatan Serantau

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

ASHA 2026-2030 Perkukuh Daya Tahan Kesihatan Serantau​

f7b9197acfbebf70813760445fe5a35a6aa22b573b324

San Lwin

Agenda Kesihatan Strategik ASEAN (ASHA) 2026-2030 dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai kerangka utama lima tahun bagi memperkukuh daya tahan kesihatan awam serantau, meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan serta mempererat kerjasama antara negara anggota.

Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti Sosiobudaya ASEAN San Lwin mengucapkan tahniah kepada semua negara anggota serta sektor kesihatan atas pelaksanaan agenda berkenaan.

“Kerangka penting bagi kerjasama kesihatan ASEAN untuk tempoh lima tahun akan datang ini membuktikan komitmen bersama kita dalam memastikan kesihatan rakyat ASEAN menjadi asas kepada pembentukan komuniti ASEAN yang aman, makmur dan berdaya tahan.

“Kesihatan dan kesejahteraan berkait rapat dengan keselamatan, kesepaduan sosial serta pembangunan ekonomi kita. Dalam usaha merealisasikan Wawasan Komuniti ASEAN 2025, kesihatan akan menjadi teras dalam membina Komuniti ASEAN yang berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berorientasikan rakyat, tanpa sesiapa pun tercicir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran ASHA 2026-2030 di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merangkap Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17.

San Lwin berkata ASHA 2026-2030 dibangunkan berasaskan kejayaan pelaksanaan Agenda Pembangunan ASEAN Pasca-2015 (2021-2025), dengan membawa pendekatan baharu dalam usaha kolektif untuk merealisasikan visi komuniti ASEAN yang lebih sihat.

Di bawah kerangka baharu, beliau berkata ASEAN akan memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama termasuk memperkukuh sistem kesihatan yang saksama dan berdaya tahan, memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti, menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan, memastikan keselamatan serta kestabilan rakyat, selain meningkatkan kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap kecemasan kesihatan awam.

Beliau berkata empat kluster kesihatan ASEAN yang memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan gaya hidup sihat, menangani semua bentuk bahawa dan ancaman baharu, memperkukuh sistem kesihatan serta akses kepada penjagaan kesihatan dan memastikan keselamatan makanan kjekal sebagai teras utama agenda berkenaan.

San Lwin berkata ASHA 2026-2030 bukan sekadar pelan hala tuju sektoral, ia mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama dan perkongsian serta menterjemahkan komitmen serantau kepada hasil yang boleh diukur dan memberi manfaat kepada rakyat ASEAN.

 
Back
Top
Log in Register