BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Perkukuh Daya Tahan Digital Masyarakat - MCMC

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Perkukuh Daya Tahan Digital Masyarakat - MCMC​

b06c932805fe01764a32e6f90435344f6a6459c8be88d

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berucap sempena Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026 Peringkat Daerah Hulu Langat di Dewan MPAJ Lembah Jaya hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh usaha meningkatkan daya tahan digital masyarakat menerusi penganjuran Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026 Peringkat Daerah Hulu Langat di Lembah Jaya hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata karnival berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman siber dan penggunaan Internet secara selamat susulan isu itu yang kini merentasi semua lapisan masyarakat,

Beliau berkata hal itu termasuk golongan kanak-kanak yang berdepan risiko eksploitasi seksual seperti aktiviti pengantunan dalam talian serta golongan dewasa dan warga emas yang menjadi sasaran sindiket penipuan.

“Berdasarkan pertemuan berkala bersama pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, jenayah konvensional yang menyebabkan kecederaan menunjukkan trend penurunan namun kes penipuan dalam talian pula terus meningkat.

"Ada mangsa yang menyerahkan simpanan hari tua selepas dijanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat sebelum menyedari mereka ditipu. Apabila laporan dibuat, usaha mengesan suspek amat sukar kerana mereka menggunakan akaun keldai," katanya kepada Bernama selepas merasmikan karnival itu.

Sementara itu, MCMC memaklumkan program disertai kira-kira 300 individu terdiri daripada komuniti setempat, pelajar, belia, ibu bapa serta pemimpin komuniti itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan agensi berkenaan bagi memperkasakan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran dan amalan digital dalam menggunakan Internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Menurut MCMC, keselamatan digital bukan lagi satu pilihan sebaliknya menjadi keperluan dalam kehidupan seharian berikutan perkembangan pesat teknologi yang turut membawa cabaran baharu seperti penipuan dalam talian, buli siber, penyebaran maklumat palsu, penyalahgunaan data peribadi serta eksploitasi seksual kanak-kanak.

"Kerajaan dan MCMC terus memperluas Kempen Internet Selamat sebagai usaha meningkatkan literasi digital serta memupuk penggunaannya secara selamat, beretika dan bertanggungjawab.

"Usaha membina ruang digital yang selamat memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, institusi pendidikan, industri, pemimpin masyarakat dan pengguna Internet sendiri," menurut MCMC dalam kenyataan.

 
Back
Top
Log in Register