BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UniMAP, MCMC Perlis Laksana Kempen Internet Selamat Sempena WTISD 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141
673bb62b440d1d2ccd2dfb39046699e669f9cca29fd3e

Timbalan Naib Cancelor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP, Prof Ir Dr Rizafalande Che Ismail (duduk tengah) bergambar bersama sebahagian para pelajar selepas merasmikan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2026 di UniMAP Kampus Pauh Putra hari ini.

Turut sama Timbalan Dekan Akademik Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN) UniMAP, Prof Madya Ts Dr Nashrul Fadzli Mohd Nasir (duduk dua, kiri) dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Negeri Perlis, Norazlina Nordin (duduk kiri).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Perlis melaksanakan Kempen Internet Selamat dalam usaha meningkatkan kesedaran penggunaan Internet selamat dan beretika dalam kalangan pelajar.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniMAP Prof Ir Dr Rizalafande Che Ismail berkata pelaksanaan kempen itu bersempena dengan penganjuran Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2026 (WTISD 2026) di universiti itu hari ini.

Rizalafande berkata penganjuran WTISD kali kedua di UniMAP itu memberikan penekanan kepada isu semasa penggunaan Internet di Malaysia serta kepentingan mengamalkan etika digital dalam kehidupan seharian.

“Penganjuran WTISD 2026 sehari ini di UniMAP turut dianjurkan bersama MCMC Perlis serta rakan industri seperti Media Lab, Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) dan Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) Malaysia.

“Ia menghimpunkan pelbagai pihak termasuk pelajar UniMAP, pelajar Kolej Vokasional Arau dan Kangar serta pemain industri bagi berkongsi perkembangan teknologi terkini serta isu semasa berkaitan telekomunikasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan WTISD 2026 di UniMAP di sini hari ini.

Rizalafande berkata kesedaran terhadap isu telekomunikasi dan etika penggunaan Internet perlu terus diperkasakan khususnya dalam menghadapi cabaran penyalahgunaan teknologi yang semakin kompleks.

Dalam pada itu, beliau berkata UniMAP turut mempamerkan pelbagai inovasi teknologi hasil penyelidikan fakulti khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi elektronik pada penganjuran WTISD 2026 itu.

“Antara yang diketengahkan ialah pembangunan teknologi antena yang kini menerima geran kerajaan melebihi RM1 juta bagi tujuan pengembangan, bukan sahaja untuk kegunaan universiti tetapi juga manfaat masyarakat dan pasukan beruniform,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register