combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
MCMC, PHI Anjur Program MADANI Kita Sempena PIHEX 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyaksikan Pengurus Besar PERDA Datuk Mohd Asri Baharum (tiga, kiri) bertukar dokumen dengan Rektor KITAB Prof Madya Dr Wan Nazjmi Mohamed Fisol (tiga, kanan) pada Majlis Perasmian Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) kali ke-14 dan Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (HUBPP) di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil (dua, kiri).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) buat julung kalinya menjalin kolaborasi strategik bersama Penang Halal International (PHI) bagi penganjuran Program MADANI Kita (PMK) sempena Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) 2026.
MCMC memaklumkan PMK yang diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri mengangkat pendekatan whole-of-government atau keseluruhan kerajaan dengan menghimpunkan pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan di bawah satu bumbung bagi memudahkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan secara lebih bersepadu, cekap dan mesra pengguna.
“Penganjuran serentak PMK dan PIHEX 2026 memperluas akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan serta membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat dan usahawan untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta manfaat daripada pelbagai inisiatif yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan rakan strategik.
“Sepanjang program, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan termasuk pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI, reruai agensi kerajaan, khidmat komuniti, pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend serta kemudahan Wi-Fi percuma menerusi NADI On Wheels (NOW),” menurut MCMC dalam kenyataan hari ini.
MCMC memaklumkan kerjasama itu mencerminkan komitmen berterusan suruhanjaya berkenaan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, sekali gus menyokong pembangunan ekonomi setempat, memperluas keterangkuman digital serta memastikan manfaat agenda Malaysia MADANI dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat.
Program berlangsung di Politeknik Seberang Perai bermula semalam (24 Julai) hingga esok itu, dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.