combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerjasama Antara Agama Tunjang Utama Pembinaan Negara Bangsa - Aaron
Kredit : FB Kementerian Perpaduan Negara
Kementerian Perpaduan Negara mengalihkan fokus strategiknya daripada memperkukuh perpaduan sosial kepada pembinaan Negara Bangsa menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata usaha berkenaan bertujuan membina identiti bersama berteraskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, sikap saling menghormati dan tanggungjawab bersama selaras Malaysia melangkah ke era baharu.
“Sebuah Negara Bangsa yang berjaya ialah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama, budaya dan etnik yang bukan sekadar hidup bersama, tetapi juga berkongsi masa depan yang sama.
“Dalam usaha ini, kerjasama antara agama akan kekal menjadi satu daripada tunjang utama kerana apabila komuniti beragama berganding bahu, masyarakat menjadi lebih berdaya tahan,” katanya ketika merasmikan sesi perbincangan meja bulat di sini hari ini.
Bertemakan Human Flourishing and Multi-Faith Partnership, program sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan International Centre for Law and Religion Studies (ICLRS), Brigham Young University, Amerika Syarikat.
Selain itu, ia mendapat kerjasama daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Seminari Theologi Malaysia, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pejabat Mufti Negeri Sabah serta Pertubuhan Keharmonian Inklusif Tanah Air (KITA) Sabah.
Program berkenaan menghimpunkan pemimpin pelbagai agama, ahli akademik, penggubal dasar, wakil kerajaan, organisasi masyarakat sivil serta pemimpin komuniti sebagai wadah wacana intelektual serta memperkukuh kerjasama berasaskan nilai-nilai sejagat.
Aaron berkata perbincangan meja bulat itu juga selari dengan hasrat Malaysia untuk memperkukuh perpaduan dalam sebuah negara yang berbilang kaum, justeru perbincangan mengenai kesejahteraan insan perlu melangkaui aspek pertumbuhan ekonomi.
Beliau berkata pembangunan negara tidak boleh diukur berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau pembangunan infrastruktur fizikal semata-mata, sebaliknya sebuah negara benar-benar berkembang maju apabila rakyatnya hidup dengan bermaruah, saling mempercayai, menghormati kepelbagaian serta bekerjasama demi kebaikan bersama,