BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKMS Kuasai 97 Peratus Urus Niaga, Tunjang Utama Ekonomi Negara - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

PKMS Kuasai 97 Peratus Urus Niaga, Tunjang Utama Ekonomi Negara - Ahmad Zahid​

9bafe1bfeb7d680154458dcd956e8aed6a48cb9d15319

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Perasmian Program RISDA Agromajestic Negeri Johor 2026 di Dataran Kejat, Bandar Tenggara hari ini.

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terus membuktikan peranannya sebagai tulang belakang ekonomi negara apabila menguasai 97 peratus daripada keseluruhan urus niaga di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sektor itu bukan sahaja memacu pertumbuhan, malah menyumbang kira-kira 52 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Dari segi pewujudan peluang pekerjaan, lebih 50 peratus disumbangkan oleh sektor PMKS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan GEMA @ KKDW Aspirasi Usahawan Desa Peringkat Negeri Johor di sini hari ini.

Turut Hadir Menteri Pertahanan yang juga Anggota Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata komitmen kerajaan dalam memperkasakan sektor berkenaan jelas menerusi peruntukan besar mencecah RM40 bilion bagi memperkukuh daya saing usahawan tempatan.

Mengenai prestasi ekonomi di peringkat negeri, Ahmad Zahid memuji langkah proaktif Kerajaan Negeri Johor yang berjaya melahirkan lebih ramai usahawan PMKS seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri dan ekonomi negeri.

Kejayaan Johor mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus berbanding purata nasional sebanyak 5.2 peratus, katanya membuktikan keberkesanan dasar kerajaan negeri dalam menarik pelaburan dan memperluas aktiviti ekonomi.

"Ini adalah pencapaian yang baik dan ia didorong oleh kestabilan politik serta kepimpinan yang baik di negeri Johor," katanya.

 
Back
Top
Log in Register