BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Perlu Jadi Pemudah Cara Ekonomi, Perkukuh Keselamatan Negara - TPM Ahmad Zahid

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

JIM Perlu Jadi Pemudah Cara Ekonomi, Perkukuh Keselamatan Negara - TPM Ahmad Zahid​

54883c58e1e381128b125ff8339e464d6a5f0caf1f47e


Empat mandat digariskan sebagai kompas strategik untuk menjadikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebagai jabatan yang relevan, diyakini dan dihormati, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mandat itu adalah JIM menjadi pemudah cara kepada pertumbuhan ekonomi negara; memperkukuhkan keselamatan dan kedaulatan negara; mempercepatkan transformasi digital dan inovasi perkhidmatan serta  memperkukuhkan integriti, profesionalisme dan nilai kemanusiaan.

Ahmad Zahid berkata transformasi JIM tidak boleh berlaku secara berselerak dan ia juga tidak boleh bergantung kepada inisiatif yang bergerak secara berasingan atau perubahan yang bersifat sementara.

“Transformasi memerlukan satu hala tuju yang jelas. Satu falsafah yang dikongsi bersama dan satu tekad yang diterjemahkan dalam setiap dasar, setiap sistem dan setiap tindakan.

“Sebab itulah saya percaya, perjalanan JIM ke hadapan mesti dipandu oleh Empat Mandat, Satu Arah Transformasi Imigresen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Imigresen 2026 bertemakan ‘Melakar Wajah Baharu Imigresen’, di sini, hari ini, yang dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.

Mengenai mandat pertama, beliau berkata JIM kini bukan sekadar mengawal pintu masuk negara tetapi perlu menjadi pemudah cara kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Setiap kelewatan yang tidak perlu, setiap proses yang terlalu rumit dan setiap birokrasi yang berlebihan akhirnya memberi kesan kepada daya saing negara. Kita ambil contoh UAE menyepadukan dasar imigresen dengan strategi menarik pelaburan dan bakat global melalui program Golden Visa sehingga 10 tahun.

 
Back
Top
Log in Register