BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perlu Bergerak Pantas Perkukuh Keupayaan Teknologi, Keselamatan Siber - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Perlu Bergerak Pantas Perkukuh Keupayaan Teknologi, Keselamatan Siber - Ahmad Zahid​

bc0f3af1243159e048595612d9ddf3b86a42680ca5736

Kredit: Laman Facebook Zahid Hamidi

Malaysia perlu bergerak lebih pantas dalam memperkukuh keupayaan teknologi tempatan bagi memastikan infrastruktur digital negara kekal selamat dan berdaya tahan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata langkah itu penting, memandangkan perkembangan pesat teknologi masa kini menuntut kesiapsiagaan dalam menghadapi landskap ancaman siber yang semakin kompleks dan mencabar.

“Perkembangan pesat teknologi, termasuk kecerdasan buatan generasi baharu menuntut Malaysia untuk bergerak lebih pantas dalam memperkukuh keupayaan teknologi tempatan, melindungi data serta memastikan infrastruktur digital negara kekal selamat dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan strategi mendepani cabaran itu, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara, agar Malaysia kekal berdaya saing dan diyakini dalam era digital.

“Saya percaya keselamatan siber hari ini bukan lagi sekadar isu teknologi, tetapi turut melibatkan keselamatan negara, keyakinan rakyat dan masa depan ekonomi digital Malaysia.

“Justeru, kita mesti sentiasa bersedia mendepani setiap cabaran yang mendatang,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register