BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Indonesia Perkukuh Kerjasama Industri Halal, Perdagangan - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Malaysia, Indonesia Perkukuh Kerjasama Industri Halal, Perdagangan - Ahmad Zahid​

2f28ff72d74ff5be7b333a2607441cb36a3d06162b251

--kredit FB Zahid Hamidi

Malaysia dan Indonesia akan terus memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, khususnya pembangunan industri halal, perdagangan, pembangunan luar bandar serta pembangunan modal insan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya Kusumo bersama Kepala Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Dr Ahmad Haikal Hassan di Bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau berkata pertemuan itu turut membincangkan beberapa cadangan kerjasama yang berpotensi memperkukuh ekosistem halal di peringkat serantau dan global.

"Ia termasuk penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia (MIHC), Majlis Halal ASEAN serta Majlis Pembangunan Halal Dunia sebagai platform untuk mengharmonikan piawaian halal, memperluas perdagangan dan pelaburan halal serta memperkukuh kerjasama antarabangsa pada masa hadapan," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia berkata hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia diyakini mampu menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih kukuh.

Beliau berkata kerjasama itu bukan sahaja membuka lebih banyak peluang kepada kedua-dua negara, malah menyumbang kepada pembangunan ekosistem halal yang lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global.

 
Back
Top
Log in Register