combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,137
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,137
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Ahmad Zahid Harap Kerjasama Malaysia, OCIS Terus Kukuh Bagi Manfaat Masyarakat Islam
Kredit: FB Zahid Hamidi
Hubungan antara Malaysia dengan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) diharap akan terus diperkukuh menerusi pertukaran ilmu, pemikiran dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta masyarakat Islam secara keseluruhannya.
Perkara itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menerima kunjungan hormat daripada Pengarah OCIS Dr Farhan Nizami bersama Felo Kuwait OCIS Datuk Dr Afifi Al-Akiti hari ini.
Beliau berkata pertemuan itu juga memberi ruang untuk mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan umat Islam di Barat serta hubungan dan kerjasama antara Malaysia dengan Oxford.
“OCIS bukanlah asing bagi saya. Pada November 2016, ketika menjalankan amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pernah menyampaikan syarahan bertajuk “De-Rooting Radicalism and Extremism” di OCIS.
“Ketika itu, antara yang saya tekankan ialah pengalaman Malaysia memelihara keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum dan agama serta pentingnya kita menangani persepsi yang salah terhadap Islam yang boleh menyuburkan Islamofobia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Ahmad Zahid berkata biarpun hampir sedekad berlalu, isu mengenai kefahaman terhadap Islam, hubungan antara masyarakat serta kedudukan umat Islam di Barat terus relevan untuk dibincangkan.