Pemangku Menteri Ehwal Masyarakat Islam ikrar akan terus pererat kerjasama bina masa depan
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad bertemu para pemimpin masyarakat Melayu/Islam pada 21 Julai 2026. (Gambar: Facebook/Zaqy Mohamad)
SINGAPURA: Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad memulakan amanah baharunya dengan mendengar pandangan para pemimpin masyarakat Melayu/Islam, sambil berikrar akan terus mempererat kerjasama, dan melangkah seiring dalam usaha membina masa depan masyarakat.
Beliau berkata demikian selepas bertemu pemimpin masyarakat dalam sesi dialog bersama Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Selasa (21 Jul).
IKLAN
Dialog itu turut diadakan sehari selepas Dr Faishal Ibrahim meletak jawatan sebagai pemegang jawatan politik, Anggota Parlimen (AP) dan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran, kemudian dilantik sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.
"Beberapa hari kebelakangan ini merupakan tempoh yang sukar bagi ramai dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam kita.
"Prof Faishal telah menyentuh kehidupan ramai melalui khidmat beliau selama bertahun-tahun dan amat dihargai. Ramai yang berasa sedih dengan apa yang telah berlaku," kata Encik Zaqy menerusi catatannya di Facebook pada Selasa malam.
BACA:
Ramai dalam masyarakat Islam 'kecewa & sedih' selepas Dr Faishal letak jawatan: Zaqy Mohamad
Masyarakat Islam SG, penduduk Kembangan terkejut dengan peletakan jawatan Dr Faishal Ibrahim
Encik Zaqy menambah bahawa beliau akan terus mendengar, bekerjasama rapat dengan para pemimpin masyarakat dan rakan-rakan, serta "meneruskan usaha baik" Dr Faishal bagi terus berkhidmat kepada masyarakat dan melangkah ke hadapan bersama-sama.
"Insya-Allah, saya akan terus mempererat kerjasama, dan melangkah seiring dalam usaha membina masa depan masyarakat kita," kata Encik Zaqy.
LAPORAN BERKAITAN:
Pertubuhan Melayu/Islam, India Islam kenang sumbangan Dr Faishal, sifat pemimpin yang dekat dengan masyarakat
'Ibarat kehilangan sebutir permata': Penduduk Nee Soon & Kembangan terkesan dengan peletakan jawatan Dr Faishal Ibrahim
Petisyen dilancar usul Dr Faishal kembali berkhidmat
Pemangku Menteri Ehwal Masyarakat Islam ikrar akan terus pererat kerjasama bina masa depan
SINGAPURA: Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad memulakan amanah baharunya dengan mendengar pandangan para pemimpin masyarakat Melayu/Islam, sambil berikrar akan terus mempererat kerjasama, dan melangkah seiring dalam usaha membina masa depan masyarakat...