BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Indonesia Teroka Peluang Baharu Perkukuh Kerjasama Kesihatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia, Indonesia Teroka Peluang Baharu Perkukuh Kerjasama Kesihatan​

bd6f6233a575b4baac3e18deb314c9656aa14d3b48566

kredit: Dr Dzulkefly Ahmad

Malaysia dan Indonesia berhasrat memperkukuh kerjasama dalam bidang baharu seperti kesihatan digital, perubatan tradisional dan komplementari (PT&K), penuaan sihat, serta kesihatan persekitaran bagi mendepani cabaran ancaman zoonotik dan denggi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuan dua hala bersama delegasi Republik Indonesia di luar Mesyuarat Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 hari ini.

Beliau berkata pertemuan itu turut menyentuh usaha memperluas pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) kesihatan yang dimeterai di Jakarta pada 29 Julai 2025.

“Hal ini termasuk menzahirkan penghargaan atas kepercayaan berterusan menjadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan utama, yang merekodkan penjanaan hasil melebihi RM2.2 bilion menerusi 968,706 lawatan pada tahun 2025,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dzulkefly berkata pertemuan itu bertujuan membincangkan pelbagai aspek kerjasama strategik kesihatan antara kedua-dua negara serumpun.

“Kerajaan MADANI akan terus mengambil langkah strategik dan proaktif bagi memperkukuh daya tahan sistem kesihatan negara, termasuk melalui kerjasama dua hala serantau yang mampu menjamin kelestarian, kesinambungan dan kualiti perkhidmatan kesihatan awam demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

AHMM ke-17 berlangsung di Kuala Lumpur dari 7 hingga 11 Sept diterajui oleh Malaysia selaku pengerusi, manakala Myanmar sebagai naib pengerusi, bertemakan “Healthy ASEAN: Together Towards Equitable, Future-Ready Health Systems”.

 
Back
Top
Log in Register