BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Indonesia Komited Perkukuh Kerjasama Bidang Perundangan, Tadbir Urus

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia, Indonesia Komited Perkukuh Kerjasama Bidang Perundangan, Tadbir Urus​

66954a37dce6fe3dc16461e86995213f6a424bf7f38c4

26a49b1aeb6c4c9711998f70b960c44f6a424c10af0c7

8770f8a7f875b02cff20bc0a30c48e1c6a424c26137f2

Kredit : FB Anwar Ibrahim

Malaysia dan Indonesia komited memperkukuh kerjasama dalam bidang perudangan, tadbir urus serta pelbagai bidang strategik yang menjadi kepentingan bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Republik Indonesia Prof Dr Yusril Ihza Mahendra hari ini, di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Dalam pertemuan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang berkenaan.

“Semoga hubungan persaudaraan dan kerjasama erat antara kedua-dua negara terus diperkukuh demi kemajuan, keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dan Indonesia,” kata beliau.

 
Back
Top
Log in Register