BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid Ke Jakarta Mulai Khamis, Kerjasama Halal, Bencana Jadi Tumpuan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Ahmad Zahid Ke Jakarta Mulai Khamis, Kerjasama Halal, Bencana Jadi Tumpuan​

fef0785ede6ec4503d6f9c7767a9cd226aaa5f6645916

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat High Level Committee (HLC) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara ke-2, Bilangan 1 Tahun 2026 di Wisma Bapa Malaysia. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan ke Jakarta bermula Khamis, dengan pengukuhan kerjasama dua hala dalam industri halal dan pengurusan bencana menjadi antara tumpuan utama lawatan berkenaan.

Bakal Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Muzaffar Shah Mustafa berkata turut menjadi tumpuan ialah pertemuan Ahmad Zahid dengan Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka untuk membincangkan hubungan dan kerjasama Kuala Lumpur dan Jakarta, khususnya dalam bidang strategik yang mempunyai kepentingan bersama.

“Lawatan ini akan menjadi satu platform yang amat penting, terutama dalam memajukan beberapa inisiatif dua hala yang sedang dilaksanakan termasuk pembangunan halal, pembangunan desa, pengurusan bencana, isu sempadan dan maritim, perdagangan dan kesalinghubungan ekonomi serta kerjasama pendidikan dan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional),” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Lawatan selama empat hari hingga 20 Sept itu ialah undangan daripada Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia bersempena dengan Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5, dengan Ahmad Zahid dijadualkan menghadiri majlis pembukaan pada 18 Sept dan menjadi ahli panel dalam sesi berkaitan kerjasama halal serantau.

Muzaffar berkata Malaysia melihat H20 sebagai platform penting untuk memperkukuh dialog antara kerajaan, pihak berkuasa halal dan pemain industri ke arah membangunkan ekosistem halal yang lebih bersepadu, saling melengkapi dan berdaya saing pada peringkat global.

“Malaysia dan Indonesia ialah pemain utama dalam ekosistem halal dan kita berpendapat kedua-dua negara seharusnya bekerjasama dalam menerajui kerjasama yang lebih erat, terutama pada peringkat ASEAN dan seterusnya pembangunan halal serantau yang akan terus dikembangkan pada peringkat global,” katanya.

Beliau berkata terdapat juga cadangan bagi penubuhan Majlis Halal ASEAN dengan Malaysia dan Indonesia sebagai penggerak utama, namun perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan diharap dapat terus dihalusi menerusi lawatan berkenaan.

Pada peringkat dua hala, Muzaffar berkata Malaysia kekal komited untuk memperkukuh kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan BPJPH, dengan memorandum kerjasama yang sebelum ini dimeterai kedua-dua agensi telah dilanjutkan hingga 8 Jun 2029.

 
Back
Top
Log in Register