BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadar Pengangguran Negara Turun Kepada 2.9 Peratus Tahun Lepas - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kadar Pengangguran Negara Turun Kepada 2.9 Peratus Tahun Lepas - Ahmad Zahid​

378ae16dd106b75cb08a68f6d8e769896a461eef1f4b2


Kadar pengangguran negara pada tahun lepas mencatatkan penurunan kepada 2.9 peratus berbanding 3.2 peratus pada 2024, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata perkembangan positif itu antara lain didorong oleh usaha berterusan kerajaan memberikan penekanan kepada bakat kemahiran melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Dulu terdapat pengangguran, sekarang ini terdapat peluang pekerjaan, banyak dalam bidang teknikal yang latihannya dibuat oleh institusi TVET.

“Ia sekali gus menunjukkan usaha kita mahu mewujudkan tenaga-tenaga mahir dalam bidang teknikal ini telah membuahkan hasil,” katanya ketika merasmikan Hari Kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) peringkat Johor di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah KEMAS Datuk Mohd Hanafiah Man.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata kadar kebolehpasaran pekerjaan dalam kalangan lepasan institusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga amat cemerlang dengan berada pada tahap 99.5 peratus.

“Selain institusi TVET, KEMAS juga banyak melahirkan pekerja berkemahiran menerusi kelas-kelas jahitan, gunting rambut, memasak, dandanan, solekan serta kelas pengkomputeran,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata lepasan graduan TVET juga digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

 
Back
Top
Log in Register