BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadar Air Tidak Berhasil Sabah 59.6 Peratus Pada Tahun Lepas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,703
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,703
Reaction score
97
Points
80

Kadar Air Tidak Berhasil Sabah 59.6 Peratus Pada Tahun Lepas​

2c6d698b8abb54c19aed9a1a7e3b41c662dfff7c74edf


Sabah mencatatkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) sebanyak 59.6 peratus pada tahun lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury berkata bagi menangani isu itu, Jabatan Air Sabah (JAS) telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk operasi bersepadu bagi membanteras sambungan air haram.

Beliau berkata inisiatif lain termasuk penggantian paip kritikal, penggantian meter pengguna yang rosak atau melebihi tujuh tahun, pengurusan tekanan air serta pengesanan dan pembaikan kebocoran secara proaktif.

“Melalui pelaksanaan langkah itu secara berterusan dan menyeluruh, JAS menyasarkan pengurangan kadar NRW kepada 45 peratus menjelang 2030,” katanya.

Limus berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Datuk Chin Shu Ying (ADUN Lantikan) yang ingin tahu kadar NRW terkini dan langkah untuk menurunkannya.

Beliau berkata bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-13, kerajaan negeri menerusi JAS merangka pelan tindakan yang merangkumi pelaksanaan program mengurangkan NRW secara holistik.

Ini termasuk program di bawah pembiayaan Kerajaan Persekutuan yang melibatkan 18 daerah manakala pembiayaan kerajaan negeri akan melibatkan 12 daerah di Sabah.

“Projek khusus, Projek Pemulihan, Pemantauan dan Penyelenggaraan Kawalan Kebocoran Aktif NRW juga sedang dilaksanakan melibatkan tiga daerah utama, iaitu Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau,” katanya.

Beliau berkata projek di Kota Kinabalu yang bermula pada 28 Sept 2022 dijangka siap pada 28 Sept ini dengan sasaran pengurangan NRW sebanyak 10 juta liter sehari (JLD).

 
Back
Top
Log in Register