BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MyDigital ID Tunjang Ekosistem Digital Yang Selamat - TPM Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
136eae5930ad58dccb4bbad47486d66c69f34fd4da2b1


MyDigital ID memainkan peranan penting sebagai tunjang kepada ekosistem digital negara, dengan menyediakan kaedah yang selamat dan boleh dipercayai untuk pengesahan identiti secara dalam talian

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia membolehkan rakyat mengakses perkhidmatan dengan penuh keyakinan.

Beliau berkata momentum kukuh kini terserlah apabila jutaan rakyat mula menggunakan MyDigital ID, sekali gus memperlihatkan bahawa asas telah tersedia dan hala tuju yang diambil adalah relevan.

"Tahniah walaupun MyDigital ID ketika pelancarannya mendapat pelbagai reaksi, tapi telah mencapai jumlah memberangsangkan. Tahniah kepada pasukan MyDigital ID.

“Pendekatan kita adalah tersusun. Kita bermula dengan memperkukuh kerjasama dalam sektor kewangan menerusi kerjasama rapat bersama MyDigital ID dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk meningkatkan pengesahan identiti dalam transaksi digital serta melindungi interaksi kewangan yang sensitif,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan dan menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MyDigital ID dan rakan strategik di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata usaha kini diperluas kepada landskap lebih menyeluruh dan saling berhubung merangkumi ekosistem mudah alih, perkhidmatan kerajaan Persekutuan dan negeri, sektor pendidikan serta platform digital yang melayani jutaan pengguna setiap hari.

Setiap sektor ini memainkan peranan berbeza, tetapi dihubungkan oleh keperluan bersama untuk kaedah pengesahan identiti yang selamat dan lancar, dan kerjasama tidak boleh berlaku secara berasingan sebaliknya perlu diselaraskan merentasi keseluruhan ekosistem.

“Apabila agensi kerajaan, pemain industri dan platform digital bergerak seiring, kita mewujudkan sistem yang lebih kukuh, berdaya tahan dan mampu menangani risiko,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register