BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan, Industri Perlu Bergerak Sebagai Ekosistem Nasional - TPM Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ba9b8b0e1bc69d1e25e5c3d3e2b46c4e69ede0df8bc0d

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) Datuk Ng Yih Pyng ketika Jamuan Apresiasi Kerajaan-Komuniti Perniagaan.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia perlu segera bergerak sebagai ekosistem nasional perniagaan yang bersepadu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dipacu secara menyeluruh dan berkesan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan dan pihak industri tidak boleh bekerja secara berasingan sebaliknya saling melengkapi terutama dalam berdepan ketidaktentuan dunia dan krisis bekalan global ketika ini.

Ahmad Zahid berkata hubungan antara kerajaan dan komuniti perniagaan seperti Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) adalah perkongsian strategik yang menentukan arah masa depan ekonomi negara.

“Kerajaan dan industri tidak boleh bersendirian. Kita mesti bergerak sebagai satu ekosistem nasional yang saling melengkapi, saling memperkukuh dan saling memacu pertumbuhan… kekuatan negara bergantung kepada keupayaan semua pihak untuk bergerak secara kolektif.

“Kerajaan boleh merangka dasar tetapi industri membawa realiti pelaksanaan. Kerajaan menyediakan hala tuju tetapi komuniti perniagaan menggerakkan ekonomi di lapangan,” katanya pada Majlis Minum Petang Apresiasi Kerajaan Bersama Komuniti Perniagaan di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden ACCCIM Datuk Ng Yih Pyng.

Pada masa sama, Ahmad Zahid menegaskan kerajaan komited untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah ekosistem perniagaan yang efisien, telus dan responsif.

Sehubungan dengan itu, katanya antara usaha yang sedang dipergiat kerajaan ialah mempercepat proses kelulusan, mengurangkan kerenah birokrasi, memperluas pendigitalan dalam sistem penyampaian dan memastikan setiap agensi berperanan sebagai pemudah cara.

Beliau berkata sesuatu dasar yang baik akan gagal jika penyampaiannya lambat kerana pelabur tidak hanya melihat kepada insentif, sebaliknya menilai kelajuan sesuatu keputusan dibuat serta keupayaan sistem negara untuk menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan.

“Kita mahu Malaysia menjadi destinasi pilihan bukan secara kebetulan tetapi berasaskan keyakinan… para pelabur tidak ke tempat yang menawarkan insentif tertinggi, sebaliknya yang mempunyai keyakinan paling kukuh.

 
Back
Top
Log in Register