BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umat Islam Perlu Teladani Sirah, Sunah Rasulullah Sebagai Pedoman - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

Umat Islam Perlu Teladani Sirah, Sunah Rasulullah Sebagai Pedoman - Ahmad Zahid​

4800c3a9acd445d5adf4e432c6d8ecee6a8c4cefa7923

kredit: FB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan meneladani sirah, akhlak serta sunah Baginda sebagai pedoman dalam setiap sisi kehidupan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Facebook berharap agar sambutan Maulidur Rasul terus menyuburkan kecintaan umat Islam terhadap Baginda SAW.

“Salam Maulidur Rasul 1448H saya ucapkan kepada seluruh umat Islam. Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menyuburkan kecintaan kita kepada Baginda SAW, memperteguh ukhuwah serta mendorong kita untuk menjadi umat yang membawa rahmat dan kebaikan kepada seluruh masyarakat. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran itu.

Ahmad Zahid turut memetik firman Allah SWT daripada Surah al-Anbiya', ayat 107 yang bermaksud “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pula berkata sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar mengingati sirah dan memperbanyakkan selawat, sebaliknya menghidupkan sunah dan akhlak Rasulullah SAW dalam diri serta kehidupan bermasyarakat.

Beliau berkata Nabi Muhammad SAW adalah qudwah dan uswatun hasanah, iaitu teladan terbaik dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk dalam mengamalkan kasih sayang, amanah, keadilan, kesabaran serta ihsan.

“Rasulullah SAW turut menunjukkan bagaimana perbezaan dapat diurus dengan hikmah, persaudaraan dipelihara serta masyarakat dibina atas dasar saling menghormati dan hidup dalam keharmonian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru umat Islam agar tidak membiarkan perbezaan dan perselisihan menjadi punca perpecahan, sebaliknya memilih rahmah daripada permusuhan, hikmah daripada emosi, persaudaraan daripada perpecahan dan akhlak daripada pertelingkahan.

“Penghayatan nilai berkenaan selaras dengan tema Maulidur Rasul tahun ini, ‘Madani Dihayati, Ummah Diberkati’, yang mengajak umat Islam menterjemahkan nilai amanah, ihsan, kesopanan, saling menghormati serta memperkukuh perpaduan dalam kehidupan seharian,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register