BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ABIM Saran Kerajaan Gubal Dasar Keselamatan Ekosistem Inovasi Nasional

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

ABIM Saran Kerajaan Gubal Dasar Keselamatan Ekosistem Inovasi Nasional​

dfe4f69500effddf0d0b0886ca6de04e679cf4dd3d937


Kerajaan disaran menggubal Dasar Keselamatan Ekosistem Inovasi Nasional bagi mengimbangi keterbukaan negara kepada pelaburan, bakat dan inovasi global dengan keperluan melindungi kedaulatan, keselamatan serta kepentingan strategik negara susulan isu Network School di Johor.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata dasar itu perlu menjadi kerangka yang menetapkan piawaian lebih jelas berkaitan saringan keselamatan, pengesahan identiti, tadbir urus dan pemantauan terhadap komuniti antarabangsa, hab teknologi serta platform inovasi yang melibatkan penyertaan warga asing.

"Negara yang progresif bukan sahaja mampu menarik pelabur dan bakat global malah mempunyai institusi yang cekap untuk mengurus risiko keselamatan yang hadir bersama keterbukaan tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata isu Network School yang sedang disiasat pihak berkuasa susulan dakwaan penglibatan individu mempunyai kaitan dengan Israel perlu dilihat melangkaui satu kes terpencil kerana Malaysia perlu mengimbangi keterbukaan kepada pelaburan dan inovasi dengan keupayaan melindungi keselamatan negara.

Kenyataan itu memaklumkan ABIM turut menyambut baik pendirian tegas kerajaan bahawa Malaysia tidak membenarkan kehadiran warga Israel di negara ini, dan tindakan sewajarnya akan diambil jika siasatan mengesahkan dakwaan berkenaan.

Selain itu, ABIM menyokong usaha Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus serta profesional di samping menggesa tindakan tegas diambil terhadap sebarang penyalahgunaan kemudahan imigresen, penyembunyian identiti, pemberian maklumat palsu atau pelanggaran undang-undang.

ABIM turut menyeru semua pihak agar menghormati proses siasatan dan mengelakkan sebarang spekulasi sehingga keputusan rasmi diumum bagi memastikan tindakan diambil berasaskan fakta serta bukti sekali gus mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

 
Back
Top
Log in Register