combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,165
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,165
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerajaan Disaran Gubal Pelan Induk Keselamatan Sekolah Nasional
-- Gambar hiasan
Kerajaan disaran menggubal Pelan Induk Keselamatan Sekolah Nasional bagi memperkukuh perlindungan murid susulan beberapa insiden keganasan di sekolah sejak kebelakangan ini.
Syor itu dikemukakan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan Zaleha Dullah yang berkata pelan berkenaan perlu merangkumi aspek keselamatan fizikal, pengurusan risiko, prosedur kecemasan serta mekanisme pemantauan yang diseragamkan di semua sekolah.
Beliau berkata pelan berkenaan boleh digubal menerusi Sidang Meja Bulat Keselamatan Sekolah Peringkat Kebangsaan, yang membabitkan Kementerian Pendidikan (KPM), agensi keselamatan, pakar psikologi, ahli akademik, persatuan ibu bapa, pertubuhan masyarakat sivil dan wakil pelajar.
"Sudah tiba masanya pendekatan yang lebih menyeluruh dilaksanakan. Kita tidak boleh lagi bersikap reaktif dengan hanya bertindak selepas sesuatu tragedi berlaku.
"Negara memerlukan dasar yang lebih proaktif dalam menangani isu keganasan, buli, kesihatan mental dan keselamatan murid," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaleha berkata setiap insiden keganasan di sekolah perlu dijadikan peringatan bahawa sistem perlindungan dan intervensi awal perlu diperkukuh, termasuk dengan menambah bilangan guru bimbingan dan kaunseling, kaunselor profesional serta pakar psikologi pendidikan.
Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan murid yang mengalami tekanan emosi atau menunjukkan perubahan tingkah laku dapat dikenal pasti lebih awal, dan menerima bantuan yang sewajarnya.
Selain itu, beliau mencadangkan supaya pendidikan sahsiah, pengurusan emosi, penyelesaian konflik dan literasi digital diperkasakan, di samping meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan memantau penggunaan media sosial, permainan video dan kandungan digital oleh anak-anak.
Keselamatan murid perlu menjadi keutamaan dalam setiap dasar pendidikan kerana ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan harapan mereka pulang membawa ilmu bukannya tragedi.