BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perkemas Pelan Induk Wakaf Nasional, Ambil Kira Pandangan Negeri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Perkemas Pelan Induk Wakaf Nasional, Ambil Kira Pandangan Negeri​

df1476950d5128a54fea833949ee17436a6862ae853f5

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan


-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperkemas Pelan Induk Wakaf Nasional dengan mengambil kira pandangan daripada setiap negeri bagi memastikan pengurusan wakaf lebih cekap, berdaya saing dan memenuhi keperluan semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pelan induk itu telah tersedia, namun penambahbaikan perlu dilakukan, khususnya dalam aspek pengurusan pelbagai bentuk aset wakaf, bukan hanya tertumpu kepada tanah atau hartanah.

“Antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah meningkatkan kecekapan pengurusan wakaf, bukan sahaja melibatkan aspek tanah atau hartanah malah apa sahaja bentuk aset wakaf," katanya selepas Majlis Perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan (KBK) 2026 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata Kerajaan MADANI bersama agensi berkaitan kini mempunyai pelan induk yang kompetitif dan berdaya saing untuk dilaksanakan secara bersama, sekali gus membolehkan potensi baharu dikenal pasti bagi memperkasakan institusi wakaf.

Beliau berkata Malaysia mempunyai institusi dan agensi strategik yang berperanan memperkukuh pembangunan wakaf, termasuk Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Wakaf Malaysia serta Permodalan Wakaf Nasional.

Bagaimanapun, pengurusan hal ehwal wakaf pada peringkat negeri kekal di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Justeru, kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri terus diperkasakan menerusi platform sedia ada.

Beliau berkata kerjasama berterusan antara institusi dan agensi berkaitan diyakini mampu meletakkan Malaysia sebagai antara negara peneraju dalam pembangunan wakaf.

Mengulas titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berhubung memperkukuh pengurusan wakaf Islam, Zulkifli berkata panduan yang dizahirkan baginda akan dijadikan rujukan dalam usaha menambah baik pengurusan dan pembangunan wakaf negara.

 
Back
Top
Log in Register