BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Akan Terus Tumpu Perkasa Ekosistem Sains, Teknologi Dan Inovasi - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
7a04785db0985be41e08ba0725f6f6316a01797c33c0b

--kredit FB Anwar Ibrahim

Kerajaan akan terus memberi tumpuan penuh kepada usaha memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI)  bagi memastikan Malaysia mampu mendepani cabaran kewangan serta ketidaktentuan rantaian ekonomi global susulan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menekankan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan beberapa inisiatif berasaskan misi diyakini mampu mengoptimumkan sumber, merangsang pertumbuhan ekonomi mampan serta memacu pembangunan berteraskan inovasi dan teknologi bernilai tinggi.

"Selari dengan tekad untuk menjadikan STI sebagai pemacu utama penyelesaian ekonomi negara, setiap perancangan dan pelaksanaan mesti digerakkan secara lebih strategik dan berkesan," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Anwar berkata pendekatan itu amat penting khususnya dalam memperkukuh sinergi strategik antara Kerajaan MADANI, sektor swasta serta institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) demi memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemah kepada manfaat nyata buat rakyat dan negara.

 
Back
Top
Log in Register