combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,128
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,128
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pelan Penambahbaikan Keselamatan Lapangan Terbang Dibentang Ke Kabinet Minggu Depan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) menjawab pertanyaan pemberita ketika hadir menziarahi keluarga Allahyarham Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik di Beaufort, Sabah pada Khamis lepas di Kampung Hutan Pasir, Ketereh hari ini.
Turut sama Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.
Pelan penambahbaikan kawalan keselamatan lapangan terbang akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri minggu depan susulan insiden penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia berkaitan penemuan dadah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lepas, dengan semua agensi kawal selia berkaitan diarahkan mengemukakan pelan penambahbaikan berkenaan.
Beliau berkata antara yang terlibat termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pengangkutan (MOT), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
“Semalam telah diadakan mesyuarat bersama-sama agensi berkenaan dan saya difahamkan bahawa pada mesyuarat Kabinet minggu depan, satu kertas mengenai pelan penambahbaikan kawalan keselamatan di lapangan terbang akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik di Beaufort, Sabah, pada Khamis lepas, di rumah keluarganya di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata pelan penambahbaikan itu akan menyentuh aspek koordinasi, latihan, infrastruktur dan logistik, termasuk kawalan terhadap mesin imbas serta pihak yang mengendalikannya.
Beliau berkata mesin imbas di lapangan terbang dikendalikan pasukan AVSEC dan mengikut piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa yang memberi penekanan kepada pengesanan bom, senjata tajam dan pistol.
“Sekiranya pada skrin terpapar kontraban, sememangnya dapat dikesan pada mesin imbas. Namun, prosedur pemeriksaannya tidak termasuk dalam kawalan keselamatan biasa yang dikendalikan oleh polis atau AKPS, jadi aspek berkenaan kita perlu selaraskan semula,” katanya.
Beliau berkata usaha penyelarasan itu sedang dilaksanakan dan pelan berkenaan dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh seminggu.
Loading…
www.bernama.com