combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,146
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,146
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kawalan Ketat Di Pintu Masuk Negara Beri Kesan Positif - KPN
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sedang mengawal dan meninjau di sempadan Malaysia-Thailand ketika lawatan kerja Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail yang meninjau keadaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang, Pasir Mas, bagi melihat dengan lebih dekat situasi serta aspek keselamatan di kawasan berkenaan.
Tinjauan itu turut memberi tumpuan kepada pemantauan laluan dan kawasan sekitar sempadan yang menjadi antara lokasi penting dalam usaha mengekang kegiatan rentas sempadan, termasuk penyalahgunaan pangkalan haram sebagai laluan keluar masuk yang tidak sah, selain memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.
Hadir sama Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat, Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mazlan Hassan.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA
TERPELIHARA
Tindakan memperketat kawalan di pintu masuk negara sejak kebelakangan ini memberi kesan positif dalam usaha membendung ketirisan dan kegiatan yang melanggar undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.
Beliau berkata PDRM sentiasa membantu agensi berkaitan, termasuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam bagi memastikan ketirisan serta kebocoran bukan sahaja di sempadan malah di pintu masuk negara dapat dicegah.
“Setakat ini, arahan yang saya terima daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah untuk membantu agensi berkaitan supaya kita dapat memastikan perkara berkenaan dapat kita kekang,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di pangkalan haram Lubok Gong, Rantau Panjang di sini hari ini.
Mohd Khalid berkata kerjasama antara agensi di bawah KDN penting bagi memastikan penugasan berkaitan kawalan pintu masuk negara dapat dilaksanakan secara bersepadu.
Dalam perkembangan lain, Mohd Khalid berkata PDRM masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa Indonesia berhubung penahanan seorang lelaki Malaysia yang dikaitkan dengan vape.
“Kita masih belum dapat laporan penuh, jadi saya akan menunggu laporan daripada pihak sana,” katanya.
Hari ini media melaporkan seorang rakyat Malaysia ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mengedar rokok peranti elektronik atau vape mengandungi dadah di Medan, Indonesia, minggu lepas.
Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya berusia 35 tahun yang juga warga Indonesia.
Menurut laporan Antara News, pasangan berkenaan ditahan bersama 29 vape mengandungi cecair dadah.