BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 20 Individu Positif Dadah Di Pintu Masuk Sempadan Rantau Panjang - AADK

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lebih 20 Individu Positif Dadah Di Pintu Masuk Sempadan Rantau Panjang - AADK​

c87f4eab71e70a62dd2fea7949f4a7675e6b60c1d63e6


Seramai 25 individu dikesan positif dadah dan bahan terlarang hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Unit Antidadah Sempadan Rantau Panjang sepanjang Januari hingga 16 Mei lepas.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Kelantan Supindi Usop berkata dalam tempoh itu, seramai 234 individu menjalani pemeriksaan dan saringan di pintu masuk sempadan berkenaan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 15 individu didapati positif dadah jenis metamfetamina manakala 10 lagi positif penyalahgunaan ketum atau mitraginin, dan kesemua individu yang dikesan positif ialah lelaki berumur lingkungan 20 hingga 62 tahun.

“Kebanyakan individu yang didapati positif dadah dipercayai berada lebih tiga hari di Thailand berdasarkan pengakuan mereka kepada pihak berkuasa.

“Ujian saringan biasanya dijalankan terhadap individu yang disyaki berdasarkan pemerhatian anggota bertugas termasuk keadaan fizikal dan tingkah laku mencurigakan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Supindi berkata hasil pemantauan mendapati kebanyakan kes positif melibatkan individu yang memasuki negara antara 3 petang hingga 7 malam.

Beliau berkata terdapat juga beberapa kes membabitkan individu yang memasuki negara antara 6 pagi hingga 3 petang.

 
Back
Top
Log in Register