BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petugas AADK Maut Dilanggar Pemandu Disyaki Positif Dadah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Petugas AADK Maut Dilanggar Pemandu Disyaki Positif Dadah​

be9c9d59211ac91c35717789fa9285e0601d3c22b5187


Seorang petugas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) maut selepas kereta dipandunya dilanggar pemandu disyaki positif dadah di KM18 Jalan Temerloh-Bahau dekat Bera hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata kemalangan kira-kira 10 pagi itu mengakibatkan Mohamed Sharif Mohamed Ali, 37, yang bertugas di Bera meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dipandu Mohamed Sharif dalam perjalanan dari arah Triang menghala ke Temerloh manakala sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu lelaki berusia 29 tahun bersama penumpang berumur 25 tahun dari Kuala Lumpur menghala ke Triang.

“Ketika ditempat kejadian, MPV berkenaan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kereta dipandu Mohamed Sharif yang kemudiannya terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkiflee berkata kemalangan berkenaan turut mengakibatkan pemandu dan penumpang MPV mengalami cedera ringan di bahagian kaki.

Beliau berkata hasil ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu MPV itu positif dadah jenis Erimin 5 manakala kemalangan berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register