BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Perlis Tahan Lesen Pemandu Kenderaan Perdagangan Positif Dadah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

JPJ Perlis Tahan Lesen Pemandu Kenderaan Perdagangan Positif Dadah​

88f46b1df56169f3cac2e91e894557376a583c3187c79

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis Noraini Mohd Nawi (dua, kiri) ketika Operasi Bersepadu Dadah Terhadap Kenderaan Perdagangan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kangar Sentral, malam tadi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menahan Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (GDL) milik seorang pemandu kenderaan perdagangan yang didapati positif dadah dalam Operasi Bersepadu Dadah Terhadap Kenderaan Perdagangan bermula pada 1 Julai hingga semalam.

Pengarah JPJ Perlis Noraini Mohd Nawi berkata sebanyak 71 pemandu kenderaan perdagangan menjalani ujian saringan air kencing oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dengan keputusan mendapati seorang pemandu dan tiga kelindan positif dadah.

“Susulan daripada itu, JPJ Perlis telah mengambil tindakan menahan CDL dan GDL milik pemandu berkenaan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya pada sidang media mengenai operasi itu di sini malam tadi.

Noraini berkata operasi itu diadakan untuk memperkukuh pematuhan terhadap peruntukan undang-undang jalan raya, meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan, khususnya akibat pemandu yang berada di bawah pengaruh dadah.

Beliau berkata operasi bersepadu itu dilaksanakan dengan kerjasama pihak AADK, Polis Diraja Malaysia serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Menurut Noraini, pemeriksaan dijalankan secara menyeluruh terhadap pemandu dan kenderaan perdagangan bagi mengesan sebarang pelanggaran undang-undang serta memastikan tindakan penguatkuasaan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

Beliau berkata JPJ Perlis akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh, berkesan dan berterusan dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya.

“JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang kerana keselamatan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Noraini turut mengingatkan syarikat pengangkutan dan pemilik kenderaan perdagangan supaya memastikan pemandu yang diambil bekerja bebas daripada penyalahgunaan dadah, mematuhi peraturan jalan raya serta mengutamakan aspek keselamatan dalam operasi harian.

 
Back
Top
Log in Register